Thursday, 4 November 2010

persahabatan...ukhwah seakidah =D

alhamdulillah, setinggi syukur pada Allah atas nikmat terbesar yg kita semua insyaAllah ade iaitu nkmat iman n islam. ukhwah antara kita juga salah satu nikmat paling manis yg Allah bagi pada kita semua sekarang. kejauhan dari family,Allah gantikan dgn menghadirkan rasa indahnya bersahabat.
untuk kali ini, alhamdulillah Allah memberi kekuatan utk saya menukilkan sedikit ilhamNya utk saya kongsikan bersama di sini.

hari ini, tanggal 3 November 2010, genaplah 21tahun, seorang sahabat yg baru saya kenali lebih setahun yg lalu, menggalas tugas khalifah di muka bumi ini.  bercerita tentang kelahiran, mengingatkan saya dgn sepotong ayat Allah ; "Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya"[38:72]. maka sebagai muslim yang beriman kepada Allah sbg Pencipta pastinya akan setuju jika dikatakan hidup ini punya tujuan kerana sesuatu tidak dicipta tanpa sebab. selitan sharing yg diharapkan bermanfaat. =D

nak dijadikan cerita, seperti biasa, kami pasti memerah otak memikirkan surprise birtday jenis ape yg kami nak gunakan utk beliau kali ini. planning mesti la kene baik punye supaya beliau xterhidu persiapan kami. pada satu hari yg agak bersesuaian,n  berbekalkan 60minit,kami alhamdulillah berjaya membeli barang2 persiapan tersebut(rasenye sgt puas hati n beliau pun sgt suke dgn semuanye =D). utk tempat,piki punye piki punye piki,kami pun memilih idea somewhere outdoor utk dijadikan tempat perkelahan. sy sgt excited sbb outdoor tapi kalau ikut forecast, rini hujan. sy bgn2 pagi td terus selak langsir n nampak gayenye ade harapan nak buat kat luar! alhamdulillah. cantik sbb beliau ade kelas sejam pagi ni, so boleh r kami prepare utk buat suprise mase beliau balik kelas nanti. so, dalam mase sejam tu, kami all out habis2an masak n pack2 makanan ala2 picnic gitu.tp on the way nak g sane, ujan la pulak, tapi kami redah je.hihihi.

selepas tu, bermula la episod2 men'suprisekan' beliau. utk ini, kte tunggu beliau sendri yg cerita.hehehe

dan itulah persahabatan. pernahkah kita terfikir, punca apekah yang membuatkan bonding ini terlalu kuat? adakah atas dasar bergelak ketawa bersama sahaja? atau hanya sekadar berkongsi pengalaman bersama? sebenarnya kukuhnya sesuatu ikatan berdasarkan satu nikmat cinta yg dirasai bersama, ringkasnya, persahabatan kita tidak lain tapi ianya atas dasar kita seakidah.bak kata pepatah,cintakan bunga,  bunga kan layu, cintakan manusia, manusia kan mati, cintakan Allah, itulah yg kekal abadi.
maka letaklah Allah sbg tujuan persahabatan kita, agar ianya kekal abadi, bukan setakat di dunia yg singkat ini sahaja...
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa"[43:67]ayat Allah ini sgt menggerunkan,marilah kita sama2  renung2 dan berfikir sejenak.

sampai di sini sahaja coretan sy yg agak skema, almaklumlah baru blaja nak menulis2. maaf kalau membosankan.  semoga bermanfaat utk semua. =))

saya yg paling muda,
=D

No comments:

Post a Comment