Saturday 29 January 2011

baru je ingt nak beli mcm2~~~

Salam semua;)

wah3, lama nye rasa tak menulis di sini. Entry terakhir saya macam dah berminggu2 yang lepas je. Huhu, hari tu kata nak cerita pasal jaulah kami kan. Hihi, best3!!! Tapi sayangnya, hari ni bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita pasal benda lain. Yang tu postposne ye.

Nak dijadikan cerita, sorang lagi akak kesayangan kami, kan N ni nak balik for good dah, so hari ni nak masukkan barang2 dia dalam kontena. No no no, bukan nak cerita pasal barang2 akak ni, huhu, walaupon barang2 dia sememangnya sangat banyak. Tapi nak cerita kisah kawan saya yang tumpang kontena akak ni. Hehehehe;)

Petang semalam, saya dan dia pergi aerobik(ye, kami masih meneruskannya;). Patu waktu balik tu, dengar la yang si dia lagi sorang ni dok membalut something. Huhu, ingatkan dia balut hadiah untuk program hari ni, saya masuk lah bilik dia tengok. Hohoohoho, balut pinggan mangkuk rupanya. Ha, tu dia. Untuk sesiapa yang tak tahu, kat uk ni, port merion(tak tahu la betol ke eja ni, sebab saya tak minat) amatlah famous di kalangan wanita malaysia. Fuh, kalau gi rumah akak2 postgrad tu, semua port merion. Si dia ni pon berminat lah membeli untuk keluarga di msia. Saya tau dia beli banyak waktu pergi sale tu, tapi tak sangka sebanyak itu. Haha;) Beli tu memang best, tapi yang kesiannya bila tengok dia dok membalut pinggan mangkuk tu. Yelah, kalau tak balut nanti pecah. Rupanya dari pukul 3lebih petang tu dia dok balut, huhu, kesian. So, saya pon tolong la dia balut kan. Dari pukul 7 tu, sampai 9 lebih baru habis balut. Tu baru balut, belom susun lagi. Tapi since saya ni tido awal orangnya, saya pon tak dapat la nak tolong lagi. Dah mengantuk. Hihi. So, si dia tu pon teroskan la membalut. Pagi ni, bila saya tanya, dah selamat dah hantar 4 kot semalam.

Huhu, ni yang buat saya terfikir ni, uisy, kena pikir 2-3 kali ni nak beli banyak2 barang bila balik for good nanti. Susah rupanya nak menguruskan barang2 ni. Patotla akak2 yang nak balik tu semua pening bila nak kemas barang masuk kontena. Huhuhu, baru je ingat nak beli tv la, nak beli set tefal la... Baru kemas barang2 yang takdela banyak mana tu last year pon dah penat. Tu baru benda kecik2. Huhu...

Tapi, bak kata si dia malam tadi, lepas ni boleh je beli lagi, sebab da expert membalut~~~ hehe;)

Oklah, saya pon nak pergi rumah kak N tolong2 mana yang patot. Semoga kita berjumpa lagi~~~
Wassalam...



ps: ni entry pertama saya di usia 21 tahun... huhu
pps: hari tu diorang buat surprise untk saya, awak, menjadi dan berjaya wak... don wori;)
ppps: insyaAllah lepas ni saya cerita pengalama di austria dan surpise party hari tu ye;)

Tuesday 25 January 2011

KaMi- i love all ^_^ thanks Allah

assalamualaikum wbt.

hehhehehhe, lame xupdate,n lame xcerita kisah kehidupan kitorang. so, macam biasalah, saya xsuke tulis panjang2, just roughly je nak update pasal kehidupan kami. semoga semua ini jadi salah satu kenangan indah dalam melayari sebuah kehidupan insyaAllah.

emm, dari mane ek nak mula, oklah, start dari last week, minggu di mana term baru bermula. =). actually xde pape sangat cuma weekend before kelas stat tu, ade seorang akak PG ni, buat birthday party anak beliau. so, kitorang (saya, si dia n si dia) pergilah tolong akak ni mane yang patut. ramai jugak tetamu. best3. akak ni dah nak balik dah xlama lagi, xsangka, ramai yang dah nak balik. dulu mase 1st year, kitorang memang rajin lepak rumah akak ni. almost every month memang ade la hari yang kitorang and akak2 PG lain yang duduk2 lepak2 rumah kakak ni. alhamdulillah atas ukhwah yang terjalin.

owh lupa plak, pagi sabtu tu, kami dikejutkan dgn berita si dia terpaksa menunda flight atas sebab2 yang xdapat dielakkan. ish3, best btol si dia ni dapat cuti lame2. tapi sian jugak sbb essay kene anta n mcm2 lagi. tapi alhamdulillah, essay beliau dah siap pun and dah dihantar jugak. sedikit sebanyak kitorang pun terefek dgn ketiadaan beliau sbb cadangnya nak sambut birthday si dia(bukan beliau) hari ahad tu, tapi since beliau terpaksa tunda flight, plan hari ahad pun cancel.

atas sebab kesuntukan masa, hehhe, saya dan si dia ambil keputusan untuk smbut je bday si dia dgn ketiadaan si dia.. (hehhe, keep reading, jangan pening2 ye sbb banyak 'si dia'). maka, plan baru kami terjadilah pada hari rabu. si dia buat cheesecake mlm tu, n saya pulak masak spagheti pagi2. alhamdulillah si dia xperasan. then lepas balik kelas, kami pun suprisekan beliau. walaupun plan suprise agak xjadi last2 tu sebab si dia buka tudung cepat sgt lepas balik kelas, tapi kami harap si dia still happy and terkezut.hehhe. ^_^

birthday kitorang ni agak berturut2. ahad yang lepas adalah birthday si dia lagi sorang. actually pening jugak saya sbb sambil merancang untuk si dia, at the same time, bday si dia lg sorg pun dah dekat. tapi alhamdulillah,Allah mudahkan urusan. untuk suprisekan si dia ni, saya cadang untuk komplot dgn kak R, akak yang best lagi sporting! =) plannye adalah nak masak kat umah akak ni sbb nak msk kat umah kitorang, mcm obvious sgt.hehhe, so, bila dah siap masak sume2, saya n si dia lagi sorang and kak R and also kak N sekeluarga serbu la rumah kitorang utk suprisekan beliau. saya memang doa banyak2 la haritu supaya Allah permudahkan and alhamdulillah,, berjaya! yeay!, saya rase la berjaya... hehe, syok sendiri plak. anyhow,hope awak hepi ye! 

begitulah sedikit coretan kehidupan, insyaAllah semoga ade rezeki lagi untuk dibaca di lain waktu, agar memori ini dapat mengukir senyum kemanisan ukhwah yang terjalin antara kita.

harapnya sepanjang perjalanan kehidupan kita ni diredhai Allah dan dalam setiap amal yang dilakukan juga, mestilah dgn kebersamaan Allah. tanpa Allah, siapalah kita. tanpa nikmat kurniaan Allah, perkara paling senang (cthnye tekan satu huruf kat keyboard ni) pun kite xmampu nak buat, ape lagi nak buat mcm2 lagi rutin harian kita kan. jom kita sama2 beristighfar, bertahmid mensyukuri nikmat Allah ^_^

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-rahman:26-28]

wallahualam.

p/s:ni bukan roughly dah ni, panjang je kan. =)

Sunday 23 January 2011

Bila semua dah besar

Bismillah..


Assalamualaikum wbt


Agak lama saya tidak mencoret di ruangan ini. Bukan malas atau tiada idea, Bukan kerana ada blog sendiri juga, tetapi lebih kepada rasa segan dan janggal kerana penulisan saya di sini yang barangkali agak serius, lesu, panjang dan barangkali boleh membuatkan pembaca malas untuk membaca. Hee..~~


Alhamdulillah, saya telah menapak ke alam-21. Juga hosmet saya yang baru sahaja memasuki alam-21. Hari lahir dia hari ni, selamat hari lahir untuk dia..!<3  Yang tinggal hanya seorang lagi hosmet kami yang masih belum 21. Lagi beberapa hari untuknya menikmati usia 20 tahun.


Bercakap tentang usia, percayalah..! Bertambahnya usia satu tahun, maka bertambahlah usia satu tahun untuk kematian, semakin hampir kepada kematian. Takut nak cakap pasal mati ni kan, takut nak bincang pasal mati ni kan???  Tapi, ini adalah realiti kehidupan. Saya tak berniat nak kupas isu ini panjang-panjang, nanti jadi macam khutbah jumaat pula, but saya ada sentuh sedikit isu ini dalam blog saya yang bertarikh 10 Januari.


Anyway, hari ini pun hari lahir abah saya yang ke-50. Bak kata abah saya, abah dah tua. Abah nak memperbanyakkan ibadah...:)


Semoga usia 20 tahun yang telah kita lalui dipandang oleh Allah, dikira amalan kita oleh Allah, diberi ganjaran oleh Allah. Dan telah diberi keberkatan dan keredhaan dalam setiap langkah kita oleh Allah. Janganlah Engkau tidak memandang langsung segala amal yang telah kami lakukan ya Allah.


Dan untuk usia 21 tahun yang baru ini, Moga engkau berikan kepada kami keberkatan dan keredhaan pada setiap gerak-geri kami ya Allah, pada setiap nafas kami ya Allah. Dan semoga engkau pandang amalan kami ini ya Allah. Dan Engkau angkatlah amalan kami ke langit ya Allah. Kami mahu menjadi hambaMu yang baru. Kami mahu memperbaharui amalan kami ya Allah dan Engkau kuatkanlah hati kami dalam jalan untuk mendekatiMu dengan lebih lagi ya Allah.  Allahuma ameen




" Mati itu pasti. Mati makin menghampiri kita. Bersedialah untuk mati. Orang yang beriman akan sentiasa mengingati mati."


Tanpa Allah, aku "mati"
~teh o ais~

Monday 10 January 2011

2nd term for 2nd year

assalamualaikum wbt...

isnin, 10/1/2011. ==> si dia menyambut hari lahirnya yang genap 21tahun. tapi sayangnya, si dia, xde kat rumah, ade kat paris lagi, beshnye dye sambut birthday di kota eifel tower ^_^, jgn lupa balik ye.

si dia yang seorang lagi, pun xde kat rumah, haritu kami berjaulah bersama, n then, si dia pergi ke rumah kakak nya. ni pun seronok, sbb bakal dapat anak sedara. bakal jadi mak ngah la ni..hehhehe... 

yang seorang lagi ni mungkin the happiest among us.. why? sbb si dia ni balik hometown utk cuti sebulan ni. mestila syok kan dapat jumpa parents, family.. owh2, xleh teruskan, nanti homesick.hehhehe.

papepun, cuti kami dah nak berakhir, lagi seminggu je, walaupun kebanyakan org xsuke bila cuti dah nak berakhir, termasuk la saya jugak, tapi hakikatnya, memang semua pun ade limitnya. cuti, ade limitnya, belajar pun ade limitnya, and hidup, certainly ade limitnya, iaitu kematian yang pasti.

well, nanti boleh la semua org share pengalaman masing2. owh, lupa plak, since tiga2 xde, so, saya tinggal sorg je kat umah ni. hobi=memasak, tapi klau sy msk, mesti sy yg makan, so, sy tukar hobi lah, mengemas rumah pulak.

banyak keje yang nak dibuat seminggu sebelum sekolah ni. tapi papepun, biar otak berserabut, tapi hati kene tenang.

n last but not least, jom nyanyi sikit utk si dia ni, ""Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan --- ------- -----, Allah selamatkan kamu"" 





Monday 3 January 2011

rumah yang bakal ditinggalkan;p

Salam semua.

Hehe, xla, bukan nak pindah rumah pon.(walaupon memang kami akan pindah rumah bulan 10 nanti) Cumanya, hari ni, kami bertiga bakal memulakan jaulah masing2 ke destinasi masing2. Saya dan si dia akan ke Austria, dan si dia pula akan ke 4 negara europe, best kan? Geneva, Paris, Prague and Amsterdam~ So, untuk seminggu ni, bakal kosong la rumah kami. Kalau blog tak diupdate tu, faham2 je la. Bila berjalan ni, manalah nak jumpa internet sangat kan. Tapi kalau ada, manalah tau boleh update pulak kan. Hehe;)

Apapon, bila balik nanti insyaAllah saya akan cerita pasal jaulah kami;)

Harap semua boleh doakan semoga perjalan kami dilindungi, diberkati, semoga kesihatan kami baik2 aje, semoga cuaca pon ok, dan semoga keselamatan kami terjaga, dan semoga segala urusan dipermudahkan dan dilancarkan hendaknya. Amin.

Doakan kami ye.

Semoga kita bertemu lagi~




اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوّنْ عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ. اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثآءِ السَّفَرِ   وكآبَةِ المَنْظَرِ وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ والوَلَدِ

Bermaksud “ Wahai Tuhan-ku,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan-ku,permudahkanlah perjalanan ku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan-ku,engkaulah penjaga dan penolong-ku dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.Wahai Tuhan-ku,aku mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak.