Sebnarnya, based on tajuk kat atas tu, apa yang saya nak kongsi ialah pengalaman memasak di sini.(hari ni turn saya masak, sebab tu terfikir nak cerita pasal ni. Ya, kami ada turn memasak;) Untuk pengetahuan umum, saya kat malaysia dulu tidakla menolong ibu memasak di dapur. Masuk dapur selalu, tapi teman ibu borak2 je la. Untuk masak, jarang sekali. Ada la, setakat menggoreng, masak air ke, masak nasi ke, masak maggi ke. Tapi kalau masak lauk yang macam gulai ke, kari ke, kurma ke, oh tidak. Memang tak reti. Lagipon, masa saya banyak dihabiskan di asrama kan. Huhu, salahkan asrama pula. Sedangkan diri sendiri yang memang malas untuk masak.
Ok, berbalik kepada cerita asal, bia sampai sini dulu, dia yang selalu masak kan untuk kami berempat. Tapi, lepas 2 minggu macam tu, kami decide nak buat rotation. Selain dia, yang lagi tiga ni, termasukla saya, memang agak kurang la dalam bidang urusan rumah tangga ni. Hehe, tapi kena la masak juga kan. Takkan dia je yang nak masak. So, bermulalah kisah kami bertiga belajar masak. Tapi yang paling keakar mestila dia yang sorang tu. Haha, klu masuk dapur, macam2 hal la. Awal2 tu memang kelakar jugak la. Lauk kami pon ala kadar je. Kalau saya, saya selalu masak kurang masin. Memang takut betul dengan garam. Kalau dia yang sorang lagi tu, lauk dia, kalau kita tanya masak ape, mesti jawapan dia undefined. Hehe, macam2 hal la. Tapi semua mengimprovekan diri. Yelah, walaupon xdela sesedap masakan chef wan ke, tapi ade improvement tu. Hari ini mestilah lebih baik dari semalam kan. Masakan kami pon macam tu la. Walaupon masih belom boleh masuk pertandingan masakan, kami dah boleh la kalau nak kahwin. Takde la jadi macam dalam cerita dalil cinta tu. Hehe:)
Tengok macam semalam, dia yang dulunya kalau masuk dapur mesti minta tolong dengan dia yang hebat memasak tu, semalam dia buat mihun tomyam. Sedap. Saya yang da kenyang ni pon boleh makan tau. Hihi, kiranye kami ni macam guinea pig untuk masakan yang lain la.
So, buat sesiapa yang berhajat untuk menjadikan housemate saya suri di hati mereka, silakan. Saya memberi jaminan skill masakan mereka memang mantap dan insyaAllah, akan semakin mantap.
Owh, masih dalam topik makanan, nak cerita sikit kisah kami dengan makanan halal. Yelah, kami ni kan duduk di negara bukan islam. Nak cari makanan halal tu xdela senang sangat. Dan setiap kali nak beli apa2, mesti kena tengok, ada tanda vegetarian ke tak, ada alkohol free ke tak. Kalau dia tak tulis, kena la check ingredient dia satu2. Boleh juling mata ni. Nak2 lagi kalau yang ingredient dia memang banyak giler. Dah la tulisan kecik2. Haisy. Pastu, dah la kalau pergi town tu, bau kfc, Mcd, pizza dia, adoi, memang stress la. Nak2 lagi kalau tengah lapar. Memang kat town tu ade je restoran halal, tapi restoran2 tu selalunya bukak after 5, and town kitrorang tu tutup pukul 5. Selalunya kalau pergi town mestila tengah hari tu, dan restoran halal tu memang komfem la tak buka lagi kan. Tu yang kadang2 klu teringin nak makan ayam kfc ke, sama ada buat sendiri kat rumah, atau pon, naik train, pergi tempat yang ada kfc halal. Tu yang dulu saya ngan dia pernah naik train sejam lebih ke colne demi mencari kfc halal. Huhu, kelakar la. Tapi kat uni kami ada je 2 restoran halal. Tapi x sesedap kfc la. Haiys, makan fast food banyak2 pon x elok untuk kesihatan kan. haha, sesi memujuk diri. Tapi tu la, nak cerita, kat sini makan xdela macam kat Malaysia. Almost everything boleh makan. Dan makanan yang available kat cni pon xdela banyak sangat kan. Tapi boleh la. Apapon, kita kena bersyukur kan? At least kat sini ada beriyani yang sedap. Saya yang memang agak kurang suka dengan makanan2 begitu, tapi ada satu kedai nama dia Moghul ni, beriyani udang dia memang best. Kami semua suka kedai tu. Hihi.(untuk pengetahuan semua, almost semua kedai halal kat Lancaster ni kami dah cuba. hihihi)
Kalau nak beli bahan2 mentah pulak, since kat lancaster ni xde jual, selalunya kitorang akan kirim pada akak2 postgrad yang nak beli. Selalunya diorang akan ke preston blackburn, manchester or liverpool untuk beli. So far, alhamdulillah, tak pernah la kitorang x cukup makan:) Kalau dah habis pon, pinjam je ayam akak2 tu dulu, Hihihi...
Eh, ingat nak cerita ringkas je tadi. Tapi macam terpanjang pulak. Nak stop da ye:)
Tapi sebelum menutup kata. saya ingin kongsikan sesuatu bersama anda semua:)
“Wahai manusia! Makanlah dari(makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.”
(surah al-baqarah ayat 168)
~Saya yang paling cun~
No comments:
Post a Comment