Friday, 5 November 2010

Dah 21 dah weyhhhh~

Salam semua.

Saya disini!!!! hehehe akhirnya dapatlah saya mencuri masa sedikit untuk mencoret sedikit dalam blog ni.

Alhamdulillah, seperti yang dikhabarkan oleh si dia dan si dia dalam post sebelum ni, saya baru sahaja mengorak satu lagi langkah memasuki alam adulthood. Ni kali kedua saya sambut birthday kat negara orang and jauh dari family tercinta tapi setiap kali sambut hari jadi ni, I never feel like I'm away from home. :)

Tak sangka dah 21 tahun. Jiwa rasa muda lagi. Rupa pun nampak muda lagi. kih kih kih Anyway, seperti yang di request, saya akan cerita sedikit sebanyak apa yang happen.

Once upon a time.........

Saya selalu bagitau mak, bila saya masuk umur 21 tahun, saya nak kek bentuk kunci. Kenapa? Sebab orang kan associate usia 21 tahun sebagai the key to freedom. hehe Banyak jugak saya plan macammana nak buat majlis hari jadi saya yang bersejarah (kononnya lah) ni. Tapi, kita hanya mampu merancang tapi sejauh mana perancangan kita, perancangan Allah itu mengatasi segalanya dan setentunya adalah jauh lebih baik. And yes, I got way better than what I've imagined.

The night before I turned 21.......

Seperti biasa, malam sebelum hari jadi tu, saya cuba mencari mana2 klu. Kot2 tersirat dalam perbuatan housemate2 saya ni. Tapi saya mengaku, memang takde. Walaupun malam tu diorang beriya sangat nak order pizza and memang order pun, sampai pukul 1 pagi, there is no sign of celebration at all. "oh, sambut midnight terlalu cliche, mesti esok ni!" Kata-kata ni terdetik di hati sebelum saya mengorak langkah ke dalam bilik dan terbuai lena.

The big day.......

Saya ada seminar pagi2 lagi. Jadi, saya pun bertolak tanpa memikirkan sangat tentang birthday. Tapi waktu ni, saya dah siap2 masukkan camera dalam beg (malam tu saya dah memang ready charge battery haha). Kot2 diorang nak buat surprise kat uni ke. hohoho

On the way pegi bus stop lepas habis seminar, saya terjumpa dia berjalan kat hallway. Waktu ni, saya dah terhidu something fishy. hehe Si dia tu cakap nak hantar assignment. Saya pun cakap ok je lah. Hati memang dah berbunga riang waktu tu. Saja je tak nak tunjuk.

Dipendekkan cerita, kami pun balik rumah. Unexpectedly, ada note tertampal di depan pintu. Tertulis disitu, direction yang saya perlu pergi. Yang ni memang dah ketara sangat lah ada something yang diorang plan. Saya dan si dia pun pergi ke tempat yang dituju. Sepanjang jalan, saya tried to imagine what kind of surprise yang diorang nak buat. Dah lah kawasan yang diorang suruh pegi tu macam tempat public. Lagi satu, hari tengah hujan, jalan basah and untuk pegi ke tempat tu, agak jauh jugak kena jalan. Tak masuk lagi bukit yang perlu direntasi dan tangga2 yang perlu dinaiki. Phew~ Tak pernah rasanya sampai berpeluh2 nak datang birthday party sendiri. haha

Dipendekkan cerita lagi, kat satu corner, diorang berdua pun keluar sambil sembur benda yang ala-ala confetti tu. Birthday song pun berkumandang. Memang waktu tu, hanya Allah je tahu betapa terharunye saya. Cukup untuk buat mata ini bergenang (tapi umur dah 21 tahun, kenalah kontrol ayu tak nangis kan?)

Before kitorang proceed untuk makan, saya pun disuruh mencari hadiah yang sengaja disorokkan. Hadiah saya memang unique! Suka sangat100x!!!!! Memang tabik spring lah sebab boleh cari hadiah yang simbolik macam tu. And yang ni memang almost similar to apa yang kita idam2kan untuk dapat waktu 21st birthday ni. :')

Petang pulak, kitorang resume birthday party kat rumah seorang akak. Koleksi hadiah ditambah lagi dengan gift card untuk shopping (YEEAAAYYYYYYYY!!!) dan sejambak bunga ros. :D

All in all, hari jadi saya kali ni memang one of the best ever. Mungkin antara top 3 dalam carta saya so far. Saya siap ada gigantic birthday girl badge ngan gigantic birthday card ever!

Sebenarnya, sepanjang hari, otak saya tak berhenti berfikir. Trying to find words that can really reflect my feelings within. Rasa guilty jugak sebab mungkin reaction saya tak setanding persiapan dan penat lelah diorang nak menjayakan plan surprise tu. Tapi saya memang speechless sangat. Bak kata adik saya, saya memang one of the luckiest people on earth. Especially to be surrounded by so much love!

Untuk itu, saya nak bagi ucapan sikit. Rasanya kalau depan2, memang segan nak cakap macam ni. So, better kat sini kot. hehe

"So, korang. Kte nak cakap terima kasih sangat2 for all the efforts & thoughts untuk birthday kte. Memang terharu yang amat. Birthday ni pasti menjadi salah satu memori terindah kte. Memang bersyukur2 sangat dipertemukan dengan korang. Sapa sangka kita berempat akan duduk di bawah bumbung yang sama walaupun datang dari ceruk rantau berbeza? Sapa sangka budak yang korang tolong angkatkan beg sampai tingkat teratas on campus adalah orang yang sama yang tidur kat bilik atas rumah ni? Sapa sangka budak yang menangis pagi2 kat preston tu adalah budak yang sama yang menangis waktu berpisah ngan korang bila nak balik summer dulu? Benarlah, Allah itu lebih mengetahui. Terima kasih untuk segala-galanya. I can really safely say that after I met you all, I am a better person inside and out. Mudah-mudahan ukhuwah kita terjalin selamanya hingga ke akhirat sana. :') Owh, and cepat2 lah birthday ye. Tak nak kte sorang2 pegang title 21 tahun ni. huhu"

PS : tapi balik je rumah malam tu, ada kisah yang sangat tak best. Completely merubah kehidupan seharian saya. Alahai~ Oh uni, kau bakal menjadi rumah kedua ku........ :(

No comments:

Post a Comment