Friday 31 December 2010

mengimbau tahun 2010

Salam buat semua.

Sebenarnya kat uk ni belum la lagi masuk tahun 2011, ada lagi lebih kurang 6jam lebih sebelum pukul 12, tapi nak jugak ucap selamat tahun baru buat semua. Huhu, rasa best sebab waktu tahun baru hijrah hari tu pon saya yang tulis entry tu. Saya memang suka tahun baru kot~

Waktu saya nak tulis ni, bila teringat balik apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ni, terasa macam dah lama je benda2 tu happend. Ada benda yang rasa macam baru je terjadi. Yelah, kadang2 masa tu macam cepat sangat berlalu, kadang2 masa tu rasa macam lambat nye lah berlalu. Apepon, setahun sudah berlalu since jaulah kami ke andalusia, spain. Kenapa saya tiba2 cerita pasal jaulah tu. Sebab itulah aktiviti pertama kami(well, kami bertiga to be exact since yang lagi sorang tu menyambut tahun baru di kampung halamannya) di tahun 2010. Best, tapi sayang sebab saya kurang sihat ketika itu, so, rasa macam tak larat sangat la. Apepon, memang best. Owh, actually 1 haribulan tu, rumah kami menerima kunjungan dari sahabat2 semasa di intec. 7 orang datang ke Lancaster ni~ Mereka lah tetamu pertama kami di sini. Hehe, lupa pulak nak mention yang ni awal2.

Apepon, tamatnya jaulah andalusia, kami pon memulakan term baru, 2nd term kami. Yang kena buat esei, buat esei, yang buat projek, buat projek, yang exam, amik exam. Macam2 la. Tapi apepon, almost every weekend kami akan keluar berjalan. Hehe, memang banyak la koleksi gambar time ni. Sebulan cuti sebelum 3rd term tu pon kami penuhkan dengan jaulah ke Ireland, London dan ke South Uk. Best jalan2 ni. Jauh perjalanan, luas pemandangan orang kata. Subhanallah, memang indah sungguh ciptaan Allah ni. Di samping pemandangan yang cantik, kami lebih mengenali antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, kami berkenalan dengan sahabat2 baru. 3rd term kami pula, dah start busy sebab ada lagi 5 minggu je sebelum final exam start. Dengan MSPG(dinner Msian society Lancs) nye lagi. Waktu ni juga mak saya datang. Huhu, 3rd term ni memang busy la masing2. Waktu ni jugak semua da excited2 nak balik Msia/Brunei kan. Yelah, summer holiday 3 bln, semua mestilah nak balik kan. Setahun menanggung rindu.

Maka kami pon menghabiskan 3 bulan di Msia/Brunei, jul-oct~ Awal oct tu baru semua balik ke sini balik. Dengan rasminya kami semua bergelar pelajar tahun 2. Ada junior tau~ Hehe... Tapi umur kami bertiga sama je dengan umur junior tu, tapi diorang panggil jugak akak. Oooopppsss, terasa tua. Takpela, panggilan akak tu sebagai tanda hormat kan. Hehehe.. Jadi bermulalah kisah 2nd year kami. Dan seperti makluman semua, kalau ada baca entry2 sebelum ni, dapatlah imagine betapa busy-nya hidup kami untuk 1st term ni. Dah habis da pon satu term, sekarang ni pon tengah break before masuk 2nd term lagi 2 minggu...

Ok, kalau ingat balik, memori ape yang paling best? Pada saya, mestilah sambutan hari jadi kami. Hehehe;) Bukan saya punya je yang saya suka, diorang punye pon saya suka. Sebab bila ada je bday ni, busy la kami merancang macam mana nak buat surprise paling best kan. Hehehe. Best2.

And best juga bila kami lepak dalam bilik saya main wii(pinjaman dari KR sebelum beliau pulang ke Msia). Best sangat. Ataupon bila berborak and berangan2 sampai pagi dalam bilik dia. Best juga bila teringat lepak2 kat meja makan sambil gosip2. Sembahyang sama2. Pernah tu, kitorang puasa sunat, sahur sama2. Bila si dia dapat result best untuk Msci, dia belanja makan pizetta. Bila si dia dapat duit dari uni, dia belanja kitorang pizza. Kadang2 akak2 ni ajak datang makan2 kat rumah diorang. Bila terasa macam makan banyak, kitorang gi jogging sama2. Ataupon bila kita buat benda gile bersama, contohnya bila si dia suggest saya lompat dari batu ke batu, saya end up  jatuh dan luka. Owh, manis juga bila teringat time saya hilang beg duit+500pound+tiket train yang sangat banyak(ok, kes hilang ni x manis ye), diorang callkan bank, cakap dengan polis, tolong saya yang mana patut. Sweet kan? Huhu;) Hmmm, panjang kalau nak listkan kenangan manis 2010 ni. Banyak lagi ni kalau nak tulis, tapi kang terpanjang pulak entry saya ni kang. Bosan nanti.  Tapi itulah, banyak memori indah kami bersama tahun ni. Well, ada la yang pahit tu sana sini, tapi yang tu, biarlah rahsia. Ahaks~

Oklah, rasanya macam dah panjang dah ni, saya pon dah mengantuk, saya kena stop dulu la ye.

Buat housemate tercinta, jagalah saya lagi untuk tahun 2011 ini ye.

~HAPPY NEW YEAR TO ALL~

p/s:sambil2 ingatkan balik aktiviti kitorg, teringat jugak aktiviti2 dengan family. owh, rindunya mereka. selamat tahun baru juga buat mereka yang tersayang di malaysia~ another 6 month to go>.<

Wednesday 22 December 2010

winter=holiday=jaulah=banyak makan!!! ^_^ // T_T

assalamualaikum wbt...

wah nampaknye lame blog ni xter'update'. walaupun cuti, xmenjanjikan kelapangan masa utk kami. word "SIBUK" ni memang sentiasa lekat bersama kitorang.hehhe.xsibuk ngan study, sibuk ngan benda lain plak....

minggu ni adalah minggu pertama cuti kitorang. well, york adalah destinasi pertama cuti kitorang.. kire pembukaan cuti kami di york... york best!!!!!! thanks to host, N n S. n org2 york yg sememangnye ramah2 n baik2, N, H, W, S, I, M, S, KM, KF, n ramai lagi... =D alhamdulillah. hari isnin lepas, kami selamat kembali ke lancaster. oh btw,kitrorang egt nak g york main snow, tapi rupenye xde snow. sepanjang2 pjalanan tu memutih, tapi  bila dah sampai kat york, hijau..hehhe, memang xde rezeki bermain snow kat york. try again next time. eh, org york plak, meh la dtg lancaster ye.
=D

winter ni selain boleh jalan2, juga adalah mase kritikal utk mengumpul lemak.huhuhu... makin byk dok rumah, makin byk makan.. alahai, ape nak buat, memasak adalah hobi. alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah ni dapat kami makan macam2 makanan.
2 hari ni je macam-macam kitorang masak n mestilah kitorg jugak yg makan kan.huhuhuhu. semalam, si dia masak nasi minyak. nasi minyak tu..hebatlah dia. n saya pulak buat dadih... yummy2, sedappp... tapi bak kate si dia, makin byk la nombor kat penimbang tu. oh, penimbang kitorang digital.hehehhe. hari ni plak, saya masak laksa n baru jap td, kitorg siap buat karipap. sy pun xtahu alkisah buat karipap ni tapi bila saya turun je, si dia n si dia tgh busy2 nak buat karipap.hahhaha.. comel la dyorang ni dgn gelagat masing2 di dapur. =D

emm, macam bese, rase macam byk nak tulis, tapi ttbe xkeluar. hehhe, kwn2, boleh la topup2 ek. i dah xde idea. si dia di sana,jgn tambah2 cuti ek. hehhehe...

thanks Allah for giving us chance to live together n gain more n more experience. semoga ukhwah ini berkekalan bukan setakat di dunia, tapi di syugaNya. amin~

aQuiLeGia



Saturday 11 December 2010

W.E.E.K 9 ~counting days~

assalamualaikum wbt.

sedar xsedar, dah 9 minggu persekolahan berlalu. so lg seminggu utk cuti winter and lagi 6 bulan nak balik. eh, cam ade miss something, ha, exam summer lagi lebih kurg 5 bulan.hohoho. semoga Allah permudahkan urusan kami, amin...

weekend, time yg ditunggu2 saban minggu, utk mengatakan yang , yeay! it's holiday. walaupun sy dan dia jarang utk ade di rumah time weekend, tapi saya xkisah, weekend ttp best sebab xyah g kelas.hehehhe

alhamdulillah, utk this weekend ni, sy n dia n dia ade kat rumah kami yg tercinta. walaupun si dia tu dah balik bercuti utk sebulan, kami ditemani sorang housemate baru, which is kak N. kak N datang utk convo phd beliau next week... Subhanallah, kagum betul ngan kak N ni sebab dapat phd time muda2 lagi. rasenye, umo beliau baru 27. muda kan? hehhe, boleh plak ckp umo org kat sni, sori ye klau tersalah perkataan. =D. 

insyaAllah, hari ni, kitorg plan nak wat makan2 kat umah ni, jemput semua undergrad pmpn. sy mmg suke bab2 masak n makan ni.hahhaha. so, rasenye inila julung2 kalinya kami buat makan2 utk semua UG pmpn. =D ... ala, si dia xde,  huhuhu, xleh nak suruh dye makan banyak2..huhuhuhu. emm, nape girls je ke? sbnrynye mula2 ade request utk ajak guys tapi segan la.. hahaha,  bukan anti lelaki ye. em, sy xkisah je sbnrnye, cuma sy bila fikir balik, mungkin agak xmanis n menjaga ikhilat. ha, ikhtilat tu ape ye..jeng3. ikhtilat  scra ringkasnye dimaksudkan dgn perhubungan  silang jantina ~ juz a personal opinion.(ni lagi 4,5, 10 tahun, bace balik, mesti sengih2 je sorang2.hahhaha)

 eh, selalu lari tajuk, adoi, patutla sy xpandai wat esei, tapi papepun, semoga majlis makan2 harini berjalan lancar. menu? em, menu yang dah dibincangkan adalah mee goreng, nasi impit, kuah kacang, puding kastad berlapis, milo cheesecake, air bandung n pot luck dr kwn2 kami. smoga semuanya dipermudahkan. well, manusia, hanye merancang, Allah pun merancang. sesungguhNya perancangan Allah lah yg terbaik. =D

td mcm byk nak tulis, tapi ni cam xde idea. hehhe, xpela, setakat ni shaja, sy pun mcm dah lambat ni, nak g sainsbury jap lagi. hohohoho. ok semua. 

selamat tahun baru n semoga Allah limpahkan keberkatan utk kita semua, dunia akhirat. amin~ 

Thursday 9 December 2010

people come and go......

Salam kembali buat semua.

Hehe, entry kali ni macam sayu je kan. Bukan ape, semalam kami bertiga(ye, si dia sorang tu dah selamat sampai di brunei da pon rasanya, masih tiada khabar berita lagi setakat ini) pergi ke rumah seorang akak postgrad ni, kak NM. Hehe, akak ni memang comey habis la. Lagi dua minggu, which is on the 22nd, dia dan suaminya, Dr. M serta anak mereka akan pulang ke tanah air tercinta. Abg M tu dah berjaya dapatkan phd dia dah pon, tahniah abg M;) So,  kitorg selalu la cakap kat akak tu teringin nak datang rumah dia kan sebelum dia balik. Semalam, kitorg pon dengan rasminya menerima jemputan makan tengah hari dekat rumah dia. Kitorg bertiga plus 7 org lagi budak 1st year. Hehe, memang sedap la kak NM masak, saya rasa la tu nasi minyak, or nasi tomato, x tau la, tapi yang penting dua kali la saya tambah. Siap ada air sirap and limau kan. Dah macam menu orang kahwin je. Ahaks:) Lepas makan tu, abg M pasang cerita tamil. Hahahaha, kitorg layan tamil tu. Cerita pasal robot2 la. Abg M kata cter tu kutipan die yang paling tinggi dalam banyak2 cter tamil, and kos cerita tu pon memang mahal la. Dah layang citer tamil tu, mula la pulak berkongsi cerita dengan kak NM kan. Huhu, akak tu memang ramah. Lama jugak la kitorang bersembang. Adela dekat 7 jam lebih lepak dekat rumah akak tu sebelum reti nak balik. Haha, towards the end tu pon tinggal lagi 4 je drpd 10. Yang pasti kitorg bertiga masih setia lagi la. Kitorg ni bab lepak2, makan2, memang no1. Hahaha;))

Btw, balik tu memang saya teros tido. Penat seharian bergelak ketawa kan. Siap boleh tertido dalam bas kan, nasib baik tak terlepas. Haisy, buat malu aje.

Apepon, ape yang saya nak cerita sebenarnya belom start lagi. Haha;) Baru intro je tadi tu. Ok, cerita pasal orang nak balik Msia ni, sejak duduk sini, dah ramai orang baru kitorang jumpa, ramai juga orang yang kami menyaksikan pemergian mereka, buat pergi mana, tapi pulang ke Msia. Baru setahun lebih kitorang duduk sini kan, dah lebih dari 10 orang dah balik Msia. Well, walaupon ada antara mereka yang kami tak sempat nak kenal lama, tapi kehadirang setiap manusia dalam hidup kita ni sedikit sebanyak ada mengajar kita sesuatu kan.

Kak F, kak L, kak I, kak K, kak FP,  kak R and famili, kak T and famili, kak N and famili, kak A and family, kak H, J, kak A, kak M and famili, ni antr yang saya ingat la. Ha, ramai kan yang dah balik Msia for good. Makin berkurang warga msia dekat lancaster ni. Tapi dalam ramai2, tentulah kepulangan kak R and famili yang paling banyak memberi efek kepada kami berempat khususnya. Yelah, akak ni memang akak yang terbaik la. Daripada awal, dia la yang banyak tolong kami semua. Macam2 akak ni tolong kitorg, kalau nak ist tu, banyak sangat rasanya. Memang rindu la kat kak R:( Kalau lalu depan rumah akak tu, mesti rasa macam sayu je. Hmmm, tapi itulah kehidupan kan. Manusia ni datang dan pergi dalam kehidupan kite. Setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tak kisah la apa bentuk perpisahan sekali pon, apa yang pasti, perpisahan itu sudah pasti.

So, kepada 3 orang housemateku tercinta, semoga kita berusaha melakar memori indah bersama supaya nanti bila dah terpisah, ada juga benda yang boleh mengingatkan kita kepada yang lain.

Oklah, rasanya dah banyak kot saya cakap. Lagipon, sekarang dah hampir pukul 8, kejap lagi pukul 9 ada kelas dan saya tak siap lagi.

Lain kali saya cerita lagi.

Wassalam.

Monday 6 December 2010

malam ahad, malam yang selera

Salam kembali semua.

Wah, kebuzian saya semakin hilang, dan alhamdulillah saya semakin pulih daripada homesick terok yang melanda pada minggu lepas. Hehe, dah jauh2 ni mula la selalu ngada2 nak homesick kan. Tapi itu kan fitrah manusia, rasa sayang, rindu dalam diri. Alhamdulillah saya dikurniakan perasaan2 yang suci dan murni ini. Hehe.

Rasanya dah lama tak bercerita tentang aktiviti2 yang kami lakukan. Lately ni, banyak aktiviti individu. Huhu, cuma kalau untuk saya, aktiviti wajib bersama setiap minggu adalah aktiviti pergi ke kelas dan aerobik. Ye, masih ingat lagi entry saya pasal aerobik? Setiap jumaat, kami bertiga masih lagi mengikuti kelas aerobik di uni. Cuma hasilnya sahaja masih belom kelihatan. Apapon, smg badan kami kekal sihat. Hihihi.

Ok, ape yang saya nak cerita kali ni adalah tentang malam semalam. Memandangkan si dia tu dah nak berangkat ke London esok, sebelum fly ke brunei rabu, saya ajak mereka ambil gmbr malam di town. Yelah, sekarang ni malam awal, pastu kat town tu dia pasang banyak lampu2 sebab tak lama lagi nak krismas. Hihi, saya memang peminat malam dan lampu. Dari dulu lagi, saya suka jalan malam2 tengok lampu. Kalau kat msia, kat dataran merdeka tu spot yang best untuk tengok lampu. Lagi satu yang dekat highway tu, tak tau la ape nama highway tu. Jalan kuching rasanye. Apeapelah, berbalik kepada cerita tadi, kami keluar pukul 5.15ptg mcm tu. Ye, dah gelap gelita macam 9 malam msia je. Since bas kalau hari Ahad memang macam segan2 nak datang, kitorg bertiga pon decide nak jalan je ke town. Boleh la buang mana2 yang tak perlu tu. Haha, tapi yang kelakarnya, kitorang pergi makan fast food kan before amik gambar. Kumpol balik ape2 yang dibuang masa jalan. Tapi yelah, bukan senang tau nak dapat makan dekat restoran2 halal ni, sebab bak kata saya dulu, dia bukak after 5. Since semalam peluang dah ada depan mata, kitorg makan je la kan. Kali ni kitorg makan kat Big Bites, kedai pizza feveret coulston road. Selalu kalau delivery, mesti beli pizza big bites. Tapi sayang, semalam makan ayam goreng dia, mmmm, x sedap:( Xpela, x sedap2 pon licin jugak kitorg makan, walaupon saya perlukan bantuan yang lagi dua tu untuk habiskan. Oooooppppssss, saya ade kata x, kitorg bertiga je yang pergi, lagi sorang tu tak ikot, dia ada hal. Hehe:)

Dah makan2 tu, bermulalah sesi fotografi kami. Wah, bila malam town tu tak ramai orang, rasa macam town sendiri pulak. Semua tempat menarik kitorang amik gambar. Pastu kebanyakan kedai bukak lampu malam2, so, dengan kedai pon amik gambar. Owh, ada tu kitorang jumpa patung besar sgt, siap ade passport lagi, tau x harga dia berapa? 200pound! Separuh harga tiket balik msia tau. Haha. Puas hati la sebab dapat snap gambar dengan lampu2 cantik tu kan. Dah pukul 7, kitorang pon bergerak ke stesen bas, nak naik bas balik rumah. Hehe, dengan suhu yang sgt rendah, jari2 tangan yang macam nak beku tu, tak sanggup rasanya nak jalan kaki. Alhamdulillah sekejap je dah ada bas. Maka, balik la kami ke rumah.

Belom, belom habis lagi cerita saya. Tengok la tajuk saya, pasal apa. haha, betol3. Balik tu, kak N datang bawak ikan sea bass nak minta tolong dia masakkan, sebab nak mkn dgn si dia yang dah nak balik tu. So, dia pon masak la asam pedas. Haha, smntr saya tgg dia masak, boleh lg tu makan cereal, sambil tgk arashi dgn si dia lagi satu tu. Dah selesai dia masak, kami pon makan. Since saya memang dah kenyang betol, saya ratah ikan je la. Hehe, kena la rasa kan. Tapi berselera btol dia tu. X taula sebab dah nak balik, so mood hepi, selera bagus ke ape kan. Tapi dua kali la dia tambah nasi. Hehe, saya dah tersenyum2 dah kat tepi tu. Bagus la, tu menunjukkan betapa sedapnya dia masak kan? Hihihi.

Dah sudah makan, ape lagi? Jam pon dah pukul 10lebih. Masa untuk tidur la. Tapi x dinafikan, lately ni memang kuat betol makan la. Orang kata, winter buat kite cepat rasa lapar. So, untuk mengelakkan saya rasa bersalah, saya pon nak kata. Winter ni buat saya cepat lapar la. Hahaha;))

Oklah, semoga bertemu kembali.

Pada awak, selamat pulang ke tanah air tercinta. Jangan extend cuti lahi tau. Balik tau 14 tu. Kalau x, kitorang kunci rumah.

Dan pada semua umat Islam, selamat menyambut tahun baru hijrah,1432. Salam maal hirah dari saya~

Saya sertakan sekali doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk semua,

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Thursday 2 December 2010

kisah saya

Bismillah,,


Memetik status facebook saya pada hari ini,


"Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.” - As-Syahid Abdul Aziz Rantisi-

Siapakah As-Syahid Abdul Aziz Rantisi ini? Beliau ialah bekas presiden Hamas yang telah syahid beberapa minggu setelah pemergian As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin. Alhamdulillah, hari ini Allah telah bercerita kepada saya tentang pejuang-pejuang palestin, melalui satu blog yang sangat padat dengan isu-isu umat palestin. Lantas saya terfikir, mungkinkah Allah ingin menegur saya pada hari ini??



*mode-> terkedu dan terdiam setelah membaca kisah mereka.

Satu benda yang saya rasa sangat kesal di saat ini ialah sifat saya yang suka complain dan merungut dengan cuaca yang agak sejuk ini. Tapi saya tak merungut kalau salji turun, malah makin melebar senyuman pada wajah saya nie...hehe
Dan apabila membaca petikan dari ikrar As-Syahid ini, saya terdiam. Saya teringatkan umat palestin. Bagaimana ye keadaan mereka di sana? Kita pada hari ini, mampu duduk dalam rumah yang serba lengkap, insyaAllah, dengan heater 24 hours, dengan duvet yang tebal dan berbagai lagi, tetapi  bagaimana umat di sana? Allah, kadang-kadang, saya jeles dan cemburu kepada mereka kerana mereka dipilih oleh Allah untuk berjihad di sana.

Hidup dan mati kerana menegakkan Islam. Dan janjinya sudah pasti syurga Allah taala. Tetapi saya disini masih leka, sentiasa merungut dan bermacam lagi. Dan mungkin dari sehari ke sehari dosa saya semakin banyak? Allahualam,, hanya Allah yang mengetahuinya.

Alhamdulillah,  target seterusnya yang saya letakkan dalam merubah diri saya ialah untuk kurang complain dan merungut. Dan saya meletakkan juga target dalam diri saya untuk menjadi pendiam, tetapi pada pengamatan saya setakat ini, dengan jumlah maksima perkataan yang keluar dari mulut saya dalam masa satu hari,membuatkan saya rasa agak mustahil untuk berubah menjadi pendiam, tetapi insyaAllah boleh berubah untuk menjadi kurang bercakap. InsyaAllah, seperti post dalam blog saya, saya memerlukan masa untuk berubah. Dan insyaAllah moga Allah menilai setiap masa dalam perubahan itu supaya menjadi timbangan di penimbang mizan kelak..insyaAllah..

91:8




Maksudnya: Maka, Dia mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan.

Wallahualam
Teh o ais
Tarbiyah mampu membuatkan seseorang itu gila dengan cinta Allah