Tuesday 30 November 2010

Snow oh snow!

Salam semua :)

Terasa lama sungguh tak menjenguk blog ni. The word busy memang tak pernah lekang dari bibir semenjak dua menjak ni.

Anyway, beberapa hari ni, rutin harian saya banyak dihabiskan di dalam bilik. Since in just a matter of days saya akan balik ke kampung halaman, terpaksalah menyiapkan tuntutan coursework yang berupa dua essay. Rasa perit jugak otak ni bila, setelah sekian lama, tiba2 je terpaksa bermonolog sendiri untuk come up with the best possible arguments untuk dimasukkan ke dalam esei ni. Teringat saat2 bittersweet tatkala bertungkus lumus buat essay tahun lepas dengan si dia dan si dia. :')

Bila focus banyak ditumpukan on menyiapkan coursework ni on time, ke-excited-an untuk balik pun belum terasa sangat. Tapi alhamdulillah, essay yang satu tu dah pun officially siap pagi ni! OH YEAAAAHHHHH!!!!! Sebab tu lah saya ada masa untuk menulis post ni. hehe kiranya hari ni cuti, sebagai hadiah untuk diri sendiri sebab berjaya menyiapkan satu kerja mengikut plan.

Owh owh! Semalam snow turun!! Hari ni pun sama!! Walaupun tak selebat tempat lain rasanya, snow kat sini boleh dikategorikan sebagai agak lebat jugak. Hmm well, "agak lebat" lah bagi saya. hehe rasa bersyukur sangat bila akhirnya boleh experience the sight of snow sendiri and for TWO DAYS IN A ROW. hahaha

Saya dan si dia berusaha nak buat snowman tadi sementara tunggu si dia ambik gambar nama2 family dia tapi tiba2 ada sorang makcik yang selamba bawak anjing dia buang hajat kat depan rumah kitorang. Terus si dia yang sorang tu hilang mood nak buat snowman. Kesian ada jugak. Punyalah dia excited in the first place tapi gara2 ketidak-senonoh-an anjing tu, mood dia hilang macam tu je. Si dia memang tak puas hati dengan anjing tu sampaikan dia boleh luahkan semua isi hati dia waktu kitorang buat video. hehehe Cakap pasal video tu, saya suka sangat! Memang dokumentari tu baik punya lah! Lawak + dramatik + sedih + gila2. Macam2 ada gitu~

Bila tulis pasal snow ni, terbayang pulak imej tadi. Butiran ais yang lembut jatuh dari langit, menutup sedikit demi sedikit warna2 gelap kehitaman jalan raya. Walau tak selebat mana, dalam sekelip mata je, surrounding dah pun mostly berwarna putih. Tiba2 teringat tentang bintik2 hitam di hati yang sorang akak tu cakap waktu usrah hari sabtu lepas. Akak tu cakap, bintik2 hitam di hati susah nak tanggal. Memang betul tapi tak mustahil kan? Buktinya, sekecil2 dan selembut2 salji pun boleh menutup kehitaman jalan raya yang luas ni. Bak kata orang putih "the small things can make big difference." Samalah jugak dengan kita. Mungkin dulu kita pernah ada zaman kegelapan tapi tak mustahil untuk kita menjernihkan kembali hati ni dengan amalan2 kita walau tak sehebat mana, insyaAllah. Yang penting, sama jugak dengan snow, sekecik2 mana pun amalan tu kenalah berterusan, barulah kesan hitam tu tak kelihatan semula. hehehe

Okay, saya macam dah terkeluar topik sikit. hehe Apa2pun, puji dan syukur padaNya sebab bagi saya rasa snow tahun ni. Kalau ikut logik & geographical evidence from past years, memang sekarang ni supposed to be snow tak turun lagi tapi ye lah, Allah itu Maha Berkuasa atas segalanya. Dia lah Maha Memakbulkan doa-doa seperti janjinya:

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." – surah Gafir, ayat 60

dan Alhamdulillah, kali ni, Allah perkenankan doa saya :)

PS : Last2, kitorang berjaya buat baby snowman yang sebesar tapak tangan je. So, apalagi? Jom doa supaya more snow will turun! Boleh buat mak bapak snowman pulak. hehe

Sunday 28 November 2010

sekadar CoReTaN di malam bersalji

Assalamualaikum wbt...

SNOW, satu perkataan yang sangat femes kebelakangan ni since almost semua tempat yang sedang ber'winter' sekarang, sudah mula dihujani snow. butiran2 ais yang lembut itu punya sejarah dan memori sendiri bagi setiap orang. bagi saya, snow ni sangat bez mase time dia turun, tapi lepas tu bila tengok lambakan snow kat jalan, macam2 perasaan pulak timbul. hepi sebab dapat tangkap gambar yang memutih, excited sbb boleh buat snowman n best bila boleh main baling2 snow serta macam2 lagi. tpi pemikiran sy dr sudut lain pulak, longgokan ais ni menjadikan jalan licin n boleh jatuh serta basah, hehhe, jugak membawa kepada stranded nye perjalanan2, sama ada bas, plane, train etc, kesukaran memandu n worst case terperangkap dalam ribut salji n mcam2 lagi.  walau ape pun consequences nye, snow ini adalah satu nikmat dan tanda kebesaran Allah yang diturunkan kepada orang2 yang dikehendakinya sebab bukan setiap manusia di bumi ni dapat merasakan snow, kebaikan n keburukannya. Tanda ini Allah jadikan kepada org2 yang berakal utk memikirkannya. semoga pengajaran dan keinsafan dari butiran2 ais ini dapat menguatkan lagi keimanan kita pada Allah S.W.T. insyaAllah~

hari ni hari ahad, rumah kami sunyi sepi, masing2 dengan kerja masing2. cuma kadang2 terdengar bunyi tapak kaki menuruni tangga, bunyi dari dapur, toilet dan juga kadang bunyi2 dari bilik masing. saya dan mereka hari ini semua berada di rumah. alhamdulillah, saya dan dia dapat menghabiskan weekend (at least full ahad) di rumah kami yang indah permai ni, almaklumla, jarang jugak utk kami berdua dapat berweekend di rumah... :)

beberapa jam yang lepas, tanda kebesaran Allah yg saya mention kat atas td menghujani bumi tempat kami berpijak. alhamdulillah3, saya hepi sgt tgk mereka hepi~ yang sorg tu memang excited snow sampai sakit pun boleh baik, syukur.. ,yang sorang lagi pulak, belum pernah rase snow di uk (i think) sbb dia suke balik umah time cuti winter. so rasenye tahun lepas dia xdapat rase tapi alhamdulillah tahun ni snow turun awal. tahniah kawanku, dapat jugak kamu bermain snow. insyaAllah kalau snow turun dgn lebat lagi, boleh la kita buat snowman same2. lagi sorg,macam agak kemurungan hari ni. tapi dye cool je cam bese, ini cuma firasat saya.hahaha... so, kawanku, jika sedang dilanda kesedihan atau musibah, mungkin saya xdapat memahami tapi semoga Allah permudahkan urusan kamu. oh lupa pulak, pagi tadi saya dan salah sorg dr mereka ke carboot, tapi harini xdapat tangkapan pape dr carboot since xde yang menarik di hati. harini saya ade la stdy sikit,tapi byknye depan laptop . hohoho...('jangan selalu ye' talking to myself, huhu), tapi alhamdulillah, byk jgk dapat buat harini.

akhir kata dari saya, inilah kehidupan yang pastinya penuh dengan rentak ber warna warni, dan inilah kehidupan, yang hujungnya bukan sebuah destinasi, tapi permulaan kepada sesuatu yang hakiki, semoga Dia terus kurniakan kita kekuatan menyiapkan bekalan untuk bahagia yang abadi.

wallahualam

>aquilegia<
(nama yg saya dah lame xpakai hehe, ^_^)

Saturday 27 November 2010

winter is approaching;):(

Salam semua;) Huhu, terasa ama gila dah x merepek kat sini. Mmmmm, dua minggu kebelakangan ni hidup kitorg berempat sgt membusykan. Tak tau la ape yang buat kitorg bz, tp kitorg bz la yang pastinya. Hehe.

Last week, umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya aidiladha kan. Msia raya hari rabu, tp kitorg raya hari selasa tu. So, isnin mlm selasa tu kitorg bertakbir rumah ke rumah. Huhu, sdh pasti takbir itu membuatkan saya rasa sayu dan insaf. Tapi selain mengingatkan saya pada Allah, takbir juga membuatkan saya teringat pada ibu dan keuarga di Msia. Tapi inilah pengorbanan kami semua di sini. Berjuang di negara orang meninggalkan kehidupan di Msia. Semoga Allah berkat perjuangan kami ini dan tabahkan hati kami dalam melakukan pengorbanan ini. Apapon, beraya di negara orang ade kelebihannya.(hihi, memujuk diri namanya ni). Okla, cukup la cerita2 sedih ni, sbnrnya saya nak cerita pasal bnd lain. Hehehe~~~

Owh, housemate saya yang 3 orang tu sekarang ni semua berada dalam keadaan yang kurang sihat. Kesian dekat mereka. Nak2 lagi si dia yang sorang tu. Tak larat betol dia saya tengok. Tapi saya suka kacau dia dlm keadaan tak larat tu, sebab kelakar tgk muka dia. Hahahaha. Tapi yang sorang lg tu selalu remind saya, jgn kacau lebih2 sgt. Hehehehe. yelah, orang sakit ni senang marah kan. Kang kalau saya tak pasal2 kena marah ngan dia kang. Tapi saya tau si dia tu takkan marah saya. Sebab dia syng saya. Haha, betol tak awak? Wlubgimnpon, saya doakan mereka agar cepat sembuh dan doakan diri saya agar dijauhi.

Hihi, apakah puncanya mereka tidak sihat? Well, jwpnnya adlh cuaca yang semakin sejuk ini. Sekarang ni dah nak masuk musim winter, well, klu ikotkan, dulu saya belajar geografi, winter msk 23/11. So, dah winter dah pon sekarang ni. Hehehe;) Semalam tengah hr pon salji kecik dah turun. Malam2 pon salji dah turun. So, salji bsr is coming soon. Huhu, si dia yang tgh tak larat tu suka gila koooooot(style die, harkat kot ni 6 harkat tau) dekat salji. Tapi saya tak suka salji. Mmmmm, suka lah sebab benda tu jarang2 boleh tgk and mcm best je, tp bila fikirkan efek salji dalam kehidupan seharian, ui, tu yg jadi kurang suka tu. Seriusly, salji sgt licin. Bila salji tebal, bnyk benda terstranded. Train, flight, bus, semua la. Jalan pula sgt licin, asyik jatuh je. Huhuhu, last winter memang saya catat rekod selalu jatuh. Ada sekali tu, siap jatuh waktu turun tangga kapal terbang kan. Hehehe. And saya pernah stranded sbb flight cancel. Ni semua yang buat saya tak suka sangat winter ni. Tapi apepon, saya tetap bersyukur dapat merasai winter di negara org. Hihi;)

Nak tahu suhu sekarang ni berapa? Saya br je chck suhu, sekarang ni pukul 6.45 pagi, suhu sekarang ni ialah 0 degree. Satu yang bahaya nye sejuk2 ni sebab perot cepat lapar. Haha;) Ala, tapi kat Msia yang tak sejuk tu pon berat saya naik kan. So, cuaca ni tak efek la kan sebenarnya. Hehe;p Tapi tak kisah, nak jugak cakap winter buat kita cepat lapar. Semua orang pon cakap macam tu~~~

Well, awal winter ni juga simbol kepada cuti yang bakal menjelma. Yeay;) Kitorg semua akan start bercuti 17/12 ni smpi 17/1 nnt. Yeay, a month break from study~~~ Oooops, si dia yang sorang tu cuti sebulan setengah. Ye, 7/12 ni dia nak blk Brunei dah. Tak aci kan? Tinggal la kami bertiga je nanti. Ala, nanti mesti saya rindu awak. Hehe;) Since die bercuti "awal", sekarang ni dia tgh busy nak siapkan esei dia. Huhu, 2 esei tu. Nsb baik dia ni genius. U go girl~~~ Citer pasal kerja ni, saya teringat macam mn saya dengan yang lagi 2 orang tu kalau hari selasa n rabu. Huhu, memang lawak. Rabu tu due date kitorg hantar course work tau. And every week, kitorg ade 3 cw yang perlu dihantar. Hehehe, saya mmg akan buat hr selasa tu. Tu yang bila selasa tu mmg mcm nak gila je. Rabu pagi tu pon kelam kabut semua check jawapan. Ha, satu yang best bila semua amik subjek yang sama(ok, dia yang sorang tu tak) ialah bila boleh "check" jwpn sama2. Huhu, best2. Tapi tuh la, memang kelakar kalau tgk kitorg hari selasa n rabu pagi. Kecoh btol la. Sian si dia tu, selalu kena dengar yang tiga lagi ni keluarkan segala mcm equation. Sabar ye awak~~~

Eh, saya dah tak boleh nak taip lagi la. Actually banyak benda nak cerita, tapi lain kali la. Sebab tiba2 teringat nak cal ibu before die smpi another majlis kahwin and tak boleh nak borak dah. Okla, lain kali saya menulis lagi. InsyaAllah, lepas ni dah tak busy;)

Wassalam...

Monday 22 November 2010

Bismillah..

And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)

Monday 15 November 2010

ReMaJa ~ itulah KITA

Assalamualaikum wbt.

sekian lame xupdate blog ni. busy mungkin and asyik postpone utk tunggu sampai keje sume siap. tapi nanti bile sume keje dah siap, still postpone. begitulah manusia. so, pelajaran yg sy dapat are never postpone and prioritise the priority. ^_^ Allah pun byk berfirman dalam al-quran;   "Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan." (al-Baqarah: 148)

ok, back to the topic. alhamdulillah, atas takdir Allah, saya sekrang berada bersama dia,dia dan dia. saya sangat2 bersyukur n gembira sebab berada dalam linkungan sahabat2 yang sentiasa membimbing, berakhlak dan yang paling penting, mengamalkan cara hidup islam. terima kasih ya Allah.

semua orang tahu, usia remaja inilah usia di mana darah menjadi panas, jiwa suka memberontak, mencari identiti dan macam2 lagi. ramai manusia yang hanyut pada usia ini yang sememangnya mencabar. tidak terkecuali sy yang lemah ni. tapi alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah tidak membiarkan saya terus hanyut dibawa arus yang mungkin membawa saya terus ke curam. dengan sdikit iman yang masih berbaki, saya kuatkan semangat kembali ke tebing dan mulakan perjalanan yang baru. berbekalkan pengalaman itu serta pengajaran dan tentu sekali rahmat dari Allah, saya menjadi lebih matang dan tabah dgn kehidupan, alhamdulillah.

semua orang pasti mempunyai ceritanya sendiri. tapi yang pasti, semua itu atas ketetapan Allah. beradanya saya di sini bersama mereka pada saat dan ketika ini juga atas takdir Allah. tiada apa yang berlaku dalam dunia ini atas dasar teori kebetulan, firman Allah ; "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

Peluang...

melihat kembali penngalaman hidup sendiri, jatuh bangun kehidupan, membuatkan saya takut andai Allah tidak memberi jalan utk menjadi saya kembali bangun dari arus kehidupan remaja yg sgt mencabar. mungkin orang selalu kata, ' relax r, muda lagi, time ni la nak enjoy..' dan org berkata lagi "nanti dah kahwin, dah xbebas, xpuas remaja la katakan..."  saya terfikir, adakah paradigma zaman ini mengatakan "remaja = enjoy sakan". em, let's think about it together... tapi apa yang pasti, manusia itu perlu memilih jalan apa yang ingin dilalui. kerana semua peluang terbuka di depan mata, jelas, buruk dan baiknya. 

dalam satu hadith sahih, "Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan -yang baik - sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan - enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keharuan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya."


Peluang luas terbentang di mana jua. fitrahnya manusia itu sukakan kebaikan, tapi biasalah, zaman remaja inilah jiwa memberontak, mahu menongkah arus. atas nikmat akal yang Allah kurniakan, tidak salahnya kita menggunakan nya utk memilih jalan kebaikan. bukalah mata, gunakanlah akal,  lihatlah peluang2 yang Allah bentangkan utk kita menuju kepadaNya. jangan sampai peluang itu Allah tarik balik dan kita terkapai2 mencari jalan pulang, naudzubillah. mari kita sama2 gunakan usia remaja yang masih berbaki ni dgn sebaik2nya.

eh,dah panjang rasenye, boring pulak org bace tulisan saya yg xseberapa ni. cuma saya nak berpesan2 kepada diri yg lemah ini serta sahabat2 yg dikasihi, mari kita sama2 menggunakan masa remaja kita sebaiknya. semoga di akhirat kelak kita tak kelu utk menjawab apabila ditanya "bagaimana usia remaja mu dihabiskan?"

sebelum mengundur diri, jom same2 hayati firman Allah ni dalam surah al-baqarah ayat 165 :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). 

wallahualam. ilalliqa'. wsalam wbt. 



Saturday 13 November 2010

Hujung minggu ku~

Salam kawan2. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih Allah. :)

Minta maaf lah sebab dah lama tak menaip sepatah dua kata di blog ini. Bukan takde benda menarik nak dikongsi atau the usual penyakit malas tapi masa memang mencemburui. Setelah lebih seminggu saya mengikut jadual mereka dan berulang alik ke uni walaupun takde class, saya memang mengaku time is VERY limited. Sampaikan post si dia yang tentang hari2 kitorang yang penuh tu pun saya baru baca kejap ni. Dalam seminggu ni, saya baru skype (yang nampak muka lah) ngan family sekali. :( Busy memanjang yang tahap maximum..! Tapi bak kata si dia, masa yang terisi itu lebih baik kan daripada masa yang terbuang? hehehe

Owh, hari ni hari sabtu bersamaan dengan 13hb November 2010, bersamaan jugak dengan one of the probably most awaited day of the year! Especially untuk warga2 hawa dalam komuniti ni lah. hehehe Tak ada pulak any cerita sebenarnya tentang ni. Sebab saya merupakan antara yang tak pergi dan duduk kat rumah je untuk babysit. Aduhai~ Sedih~ Tapi takpe. Since dah lama sangat tak spend banyak masa kat rumah, saya memang plan nak duduk rumah je. Oh, sebelum saya sambung cerita, please bear in mind yang cuma saya dan si dia je yang kat rumah. Yang sorang tu join rombongan membeli tu dan yang sorang lagi pegi menjenguk akak tercinta.

Owh, hari ni jugak adalah hari pertama saya tinggal berdua je dengan si dia. kih kih kih. Yang sorang tu dah memang selalu. Yang sorang tu pulak, pernah jugak sekali dua. Tapi yang sorang ni, memang ni first time. Bak kata dia, nasib baik ada budak2 yang kitorang babysit tu sebab kalau kitorang bedua je dalam rumah ni, ada kemungkinan suasana akan menjadi tersangatlah senyap. hehehe Yalah, kitorang ni rasanya antara yang tak banyak topik nak diperbualkan dalam rumah ni. huhu Gadis2 pemalu @ pendiam gitu......

Tapi, kitorang tak lah sesenyap yang saya expect kot.. hehehe And besides, seronok jugak sebenarnya babysit budak2 especially bila dua orang je yang nak di-babysit. hehe. Kelakar jugak tengok telatah budak2. At one time, diorang gaduh sambil cubit2 each other tapi tiba2, boleh pulak gelak2 sambil tengok movie sesama.

Selain dari babysit, seperti biasa, selepas sesi menyiapkan esei, dia meluangkan masa seharian dengan memasak. Dan since takde orang lain, saya meluangkan masa dengan makan benda yang dia masak. hahaha Percaya atau tidak, saya makan selang sejam dan bukan sahaja makan ringan2 yang macam junk food semua tu, tapi nasi putih, nasi goreng, mi goreng, roti jala dan macam2 lagi lah. Alahai~ Sejak2 aerobic ni, selera makan makin bertambah. Alasan saya = metabolisma bertambah. hahaha

Eyh eyh, tau tak sebenarnya at this moment, depan saya ni ada orang tu tengah busy memunggah2 barang yang baru dia beli. Memang jeles! Isy isy isy. Melihatkan betapa banyak & bestnya barang2 yang dia borong, saya dan dia dah discuss tadi dan mungkin, kitorang akan pergi hari rabu ni untuk aktiviti yang sama. hehe pergh~ penangan pinggan mangkuk~ Tapi kena check dengan si dia yang sorang tu lagi. Hmmmmmm........ impulsive decision ke? huhu

Itu je lah kot yang saya nak tulis. Saja je nak update walaupun benda yang saya cakap ni macam entah apa2. haha

Lepas ni, mari kita tunggu cerita si dia tentang rombongan merangkap perjuangan pinggan-mangkuknya tadi. Jeng jeng jeng~

Thursday 11 November 2010

Ahsanul Akhlak....

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapkannya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga kewafatan Baginda SAW. 

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Saydina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Saydatina Aisyah RA menjawab,

"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?", tanya Saydina Abu Bakar RA. 

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Saydatina  Aisyah RA. 

Keesokan harinya Saydina Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau datang kepada pengemis itu lalu memberikan makanan kepadanya. Ketika Saydina Abu Bakar RA mula menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, 

"Siapakah kamu?"

Saydina Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (datang kepada engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa datang kepada aku", bantah si pengemis buta itu. 

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Saydina Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Nabi Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Saydina Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, 

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia datang kepada aku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Saydina Abu Bakar RA disaat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang Islam.

********************

Wahai sahqbatku, bilakah kita dapat meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? 
Atau setidaknya niat untuk meneladani Baginda SAW?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, sebaik-baik akhlak.

Mungkin kita tidak mengikuti Baginda SAW seratus peratus, tetapi buatlah yang termampu oleh kita.

~teh o ais~

Wednesday 10 November 2010

ISLAM? AURAT?

Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''


manakah yang lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

*copy paste from facebook notes*

wassalam
^^teh o ais^^

Tuesday 9 November 2010

hari-hari yang penuh

Salam everyone.

Hehe, nampak gayanye housemate saya ni semuanya dilanda kebusy-an. Yang sorang kena siapkan essay, yang sorang tu berulang alik ke uni, yang sorang lagi tu busy dengan pelbagai aktiviti yang harus dia rancangkan. Since saya yang less busy berbanding mereka, biarlah saya sekali lagi berkongsi cerita di sini:)

Sekarang ni hari selasa, masih di awal pagi. Waktu saya menulis ni, jam di laptop menunjukkan pukul 6.15 pagi. Sebab itula rumah masih sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki kami turun naik tangga. Kalau nak tengok kami rileks, dari pukul 6-8 tu, rumah macam aman je la. 8 onwards tu, semua orang berlari2 ke sana sini. Berebut nak mandi la. Berebut nak gosok baju la. Yang masak, kecoh2 nak masak. Huhuhu, kelakar sangat. Dah la masing2 pon suka mandi dekat2 nak gi kelas tu, resultnya, kelam kabut la semua. Pastu marah2 kat bas bila bas tak ikot jadual. Padahal da tau benda tu setiap hari berlaku, nak jugak siap last minute tu. Bukan sorang, tapi satu rumah, Klakar btol. Teringat waktu awal2 first year dulu, sejam sebelum kelas kot dah sampai kat uni. Siap boleh lepak2 main komputer kat learning zone tu kan. Sekarang, asal sampai uni je berlari2 nak gi kelas. Smpikan bila sesekali tersampai awal pon masih berlari2 nak gi kelas. Sebab dah biasa sgt berlari2 kan. Huhu.

Semalam, setelah menyedari kebusy-an kami semua setiap hari, bukan busy belajar tau, busy dengan aktiviti sampingan, hehehe, dia pon mencadangkan agar satu takwim dilekatkan di dinding rumah. Yelah, sebab kitorang ni banyak betol planning. Kalau boleh, semua benda nak buat, semua tempat nak pergi. Tapi masa tu limited. So, saya pon tampal la planner kat dinding rumah kami. Huhu, lepas ni, kalau ada sebarang aktiviti, boleh la kami atur dengan lebih baik. Huhu:)

Cerita pasal aktiviti, hari jumaat hari tu, kami bertiga, dia yang sorang tu tak dapat nak join sebab busy, kitorang pergi aerobic class dekat uni. Hehehe. Best3. Dis week pun nak pergi lagi, insyaAllah. Tapi sabtu tu, kitorang makan roti pratha telur as breakfast. Hahahaha, buang lemak, kumpol balik. Eh, tapi xpe. Sebabnya, petang tu lepas ada usrah dengan warga perempuan lancaster, kitorg ramai2 buat poco2. Huhu, ade la dekat sejam jugak buat poco2. Tapi, sekali lagi, malam tu kumpol balik lemak. Hahaha, kali ni makan nasi dagang pula. Yela, saya ngan dia pergi lepak rumah sorang akak postgrad ni. Dah dia ajak makan, xkkan nak tolak pulak. Siap tapau untuk dua orang lagi tu yang tak dapat datang. Owh, lepas da makan2 nasi dagang tu, saya and dia ikot akak tu gi tengok firework. Ye, ade bonfire festival hari sabtu tu. 30 minutes non stop firework. Cantik and best~ Huhu, yang kelakarnya, anak akak tu tengok je mat saleh yang tengah main bunga api tu. Yelah, lepas firework yg besar tu, ramai juga la mat2 saleh ni yang dok main bunga api yang mcm orang malaysia main time raya tu. Pastu, agaknya anak2 akak tu pandai buat muka kesia, mat saleh tu pon bagi sorang satu. Suka diorang dapat. Lepas tu baru boleh balik dengan hepinye. Huhuhu...

Owh, the next morning tu pulak, kitorg pergi festival market dekat morecambe. Cewah, konon si dia ni nak ajak saya pergi jogging pukul 8 tu, since kitorang cadang nak pergi market pukul 9. Sekali senyap je dia. X dengar bunyi pon. Dah pukul 9 tu, 3 orang ni dah siap la. Saya pon ketuk pintu bilik dia. Eh, xde orang sahut pula. Dah banyak kali try, saya suruh dia pula cuba. Dia ketuk3, masih xde yang meyahut. Tapi pintu bilik berkunci, so mesti ada orang kat dalam. Pastu kitorg pon decide nak ceroboh je masuk bilik dia ni. Hahahahahhaha, rupa2nya tak bangun tido lagi. Last2 kitorg pergi market tu pukul 10, sejam lewat dari rancangan asal. But don wori awak, kitorg x marah pon. Malah kitorang rasa kejadian pagi tu sangat melucukan. Apapon, hasrat kita semua nak pergi festival market tu berjaya. And hari tu sangat best. Pukul 4 petang baru sampai rumah. Best3. Kite kena slalu buat outing weekends la korang;)

Anyway, smalam kelas stat. Tapi since semalam keas stat pukul 12, pagi tu dia ajak saya gi jogging. Tapi sebab hujan, kitorg pon decide nak aerobic je ikot utube. Huhuhu, memang kelakar~ Habis kelas semalam pukul 4, kitorang pon pergi rumah sorang akak postgrad ni, saje nak ziarah orang tengah mengandung~ Ha, pukol 7 baru balik. Yelah, macam2 citer akak tu cerita. Owh, kitorang siap suruh anak dia main violin untuk kitorang, Ye, anak dia boleh maik violin. Best x? Jeles btol;(

Ha, hari ni hari selasa. Selasa=kelas hbs pukul 6 stat pukul 11. Bagi yang 3 orang budak math ni je la. Yang sorang lagi tu, 1-6. Straight. Kitorang at least ade gap. Uisy, kesian2. Selain drpd itu, selasa juga membawa erti hari membuat homework. Since due homework tu rabu,selalunya selasa tu la kitorg bertungkus lumus siapkan homework. Haha, kelakar betul. And since esok xde kelas and kitorg malas nak dtg uni, selalunya kitorang akan cuba hntr hr ni juga. Tu yang mcm petir buat kerja tu. Huhuhu.

Mmmmm, sbnrnye mesti orang tak faham kan motif cerita saya kali ni. Takdela, bersesuaian dengan tajuk entry kali ni, saya cerita kat semua, jadual kami dari jumaat smpi isnin(semalam). Hari2 pon penuh dengan aktiviti. Bayangkan la, everyday kitorang memang macam ni. Busy kan? Saya pon hari ni da la kelas smpi pukul 6, 7-9 ada meeting pula tu. Hai, nasib2.

Apepon, masa yang terisi tu lebih baik dari masa yang terbuang kan.

Okla, seperti biasa, sebelum saya menutup kata, izinkan saya berkongsi sesuatu, 
 
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
(Surah Al-Asr)
Wassalam,         
~saya yang cun~
 


Friday 5 November 2010

Dah 21 dah weyhhhh~

Salam semua.

Saya disini!!!! hehehe akhirnya dapatlah saya mencuri masa sedikit untuk mencoret sedikit dalam blog ni.

Alhamdulillah, seperti yang dikhabarkan oleh si dia dan si dia dalam post sebelum ni, saya baru sahaja mengorak satu lagi langkah memasuki alam adulthood. Ni kali kedua saya sambut birthday kat negara orang and jauh dari family tercinta tapi setiap kali sambut hari jadi ni, I never feel like I'm away from home. :)

Tak sangka dah 21 tahun. Jiwa rasa muda lagi. Rupa pun nampak muda lagi. kih kih kih Anyway, seperti yang di request, saya akan cerita sedikit sebanyak apa yang happen.

Once upon a time.........

Saya selalu bagitau mak, bila saya masuk umur 21 tahun, saya nak kek bentuk kunci. Kenapa? Sebab orang kan associate usia 21 tahun sebagai the key to freedom. hehe Banyak jugak saya plan macammana nak buat majlis hari jadi saya yang bersejarah (kononnya lah) ni. Tapi, kita hanya mampu merancang tapi sejauh mana perancangan kita, perancangan Allah itu mengatasi segalanya dan setentunya adalah jauh lebih baik. And yes, I got way better than what I've imagined.

The night before I turned 21.......

Seperti biasa, malam sebelum hari jadi tu, saya cuba mencari mana2 klu. Kot2 tersirat dalam perbuatan housemate2 saya ni. Tapi saya mengaku, memang takde. Walaupun malam tu diorang beriya sangat nak order pizza and memang order pun, sampai pukul 1 pagi, there is no sign of celebration at all. "oh, sambut midnight terlalu cliche, mesti esok ni!" Kata-kata ni terdetik di hati sebelum saya mengorak langkah ke dalam bilik dan terbuai lena.

The big day.......

Saya ada seminar pagi2 lagi. Jadi, saya pun bertolak tanpa memikirkan sangat tentang birthday. Tapi waktu ni, saya dah siap2 masukkan camera dalam beg (malam tu saya dah memang ready charge battery haha). Kot2 diorang nak buat surprise kat uni ke. hohoho

On the way pegi bus stop lepas habis seminar, saya terjumpa dia berjalan kat hallway. Waktu ni, saya dah terhidu something fishy. hehe Si dia tu cakap nak hantar assignment. Saya pun cakap ok je lah. Hati memang dah berbunga riang waktu tu. Saja je tak nak tunjuk.

Dipendekkan cerita, kami pun balik rumah. Unexpectedly, ada note tertampal di depan pintu. Tertulis disitu, direction yang saya perlu pergi. Yang ni memang dah ketara sangat lah ada something yang diorang plan. Saya dan si dia pun pergi ke tempat yang dituju. Sepanjang jalan, saya tried to imagine what kind of surprise yang diorang nak buat. Dah lah kawasan yang diorang suruh pegi tu macam tempat public. Lagi satu, hari tengah hujan, jalan basah and untuk pegi ke tempat tu, agak jauh jugak kena jalan. Tak masuk lagi bukit yang perlu direntasi dan tangga2 yang perlu dinaiki. Phew~ Tak pernah rasanya sampai berpeluh2 nak datang birthday party sendiri. haha

Dipendekkan cerita lagi, kat satu corner, diorang berdua pun keluar sambil sembur benda yang ala-ala confetti tu. Birthday song pun berkumandang. Memang waktu tu, hanya Allah je tahu betapa terharunye saya. Cukup untuk buat mata ini bergenang (tapi umur dah 21 tahun, kenalah kontrol ayu tak nangis kan?)

Before kitorang proceed untuk makan, saya pun disuruh mencari hadiah yang sengaja disorokkan. Hadiah saya memang unique! Suka sangat100x!!!!! Memang tabik spring lah sebab boleh cari hadiah yang simbolik macam tu. And yang ni memang almost similar to apa yang kita idam2kan untuk dapat waktu 21st birthday ni. :')

Petang pulak, kitorang resume birthday party kat rumah seorang akak. Koleksi hadiah ditambah lagi dengan gift card untuk shopping (YEEAAAYYYYYYYY!!!) dan sejambak bunga ros. :D

All in all, hari jadi saya kali ni memang one of the best ever. Mungkin antara top 3 dalam carta saya so far. Saya siap ada gigantic birthday girl badge ngan gigantic birthday card ever!

Sebenarnya, sepanjang hari, otak saya tak berhenti berfikir. Trying to find words that can really reflect my feelings within. Rasa guilty jugak sebab mungkin reaction saya tak setanding persiapan dan penat lelah diorang nak menjayakan plan surprise tu. Tapi saya memang speechless sangat. Bak kata adik saya, saya memang one of the luckiest people on earth. Especially to be surrounded by so much love!

Untuk itu, saya nak bagi ucapan sikit. Rasanya kalau depan2, memang segan nak cakap macam ni. So, better kat sini kot. hehe

"So, korang. Kte nak cakap terima kasih sangat2 for all the efforts & thoughts untuk birthday kte. Memang terharu yang amat. Birthday ni pasti menjadi salah satu memori terindah kte. Memang bersyukur2 sangat dipertemukan dengan korang. Sapa sangka kita berempat akan duduk di bawah bumbung yang sama walaupun datang dari ceruk rantau berbeza? Sapa sangka budak yang korang tolong angkatkan beg sampai tingkat teratas on campus adalah orang yang sama yang tidur kat bilik atas rumah ni? Sapa sangka budak yang menangis pagi2 kat preston tu adalah budak yang sama yang menangis waktu berpisah ngan korang bila nak balik summer dulu? Benarlah, Allah itu lebih mengetahui. Terima kasih untuk segala-galanya. I can really safely say that after I met you all, I am a better person inside and out. Mudah-mudahan ukhuwah kita terjalin selamanya hingga ke akhirat sana. :') Owh, and cepat2 lah birthday ye. Tak nak kte sorang2 pegang title 21 tahun ni. huhu"

PS : tapi balik je rumah malam tu, ada kisah yang sangat tak best. Completely merubah kehidupan seharian saya. Alahai~ Oh uni, kau bakal menjadi rumah kedua ku........ :(

masakan kami. makanan kami

 Salam semua;) Saya sebenarnya menanti kemunculan birthday girl untuk menceritakan perasaan dan pengalaman dia. Tapi since dia penat kot, saya nak share something dulu la. Nanti jangan lupa cerita tau awak.

Sebnarnya, based on tajuk kat atas tu, apa yang saya nak kongsi ialah pengalaman memasak di sini.(hari ni turn saya masak, sebab tu terfikir nak cerita pasal ni. Ya, kami ada turn memasak;) Untuk pengetahuan umum, saya kat malaysia dulu tidakla menolong ibu memasak di dapur. Masuk dapur selalu, tapi teman ibu borak2 je la. Untuk masak, jarang sekali. Ada la, setakat menggoreng, masak air ke, masak nasi ke, masak maggi ke. Tapi kalau masak lauk yang macam gulai ke, kari ke, kurma ke, oh tidak. Memang tak reti. Lagipon, masa saya banyak dihabiskan di asrama kan. Huhu, salahkan asrama pula. Sedangkan diri sendiri yang memang malas untuk masak.

Ok, berbalik kepada cerita asal, bia sampai sini dulu, dia yang selalu masak kan untuk kami berempat. Tapi, lepas 2 minggu macam tu, kami decide nak buat rotation. Selain dia, yang lagi tiga ni, termasukla saya, memang agak kurang la dalam bidang urusan rumah tangga ni. Hehe, tapi kena la masak juga kan. Takkan dia je yang nak masak. So, bermulalah kisah kami bertiga belajar masak. Tapi yang paling keakar mestila dia yang sorang tu. Haha, klu masuk dapur, macam2 hal la. Awal2 tu memang kelakar jugak la. Lauk kami pon ala kadar je. Kalau saya, saya selalu masak kurang masin. Memang takut betul dengan garam. Kalau dia yang sorang lagi tu, lauk dia, kalau kita tanya masak ape, mesti jawapan dia undefined. Hehe, macam2 hal la. Tapi semua mengimprovekan diri. Yelah, walaupon xdela sesedap masakan chef wan ke, tapi ade improvement tu. Hari ini mestilah lebih baik dari semalam kan. Masakan kami pon macam tu la. Walaupon masih belom boleh masuk pertandingan masakan, kami dah boleh la kalau nak kahwin. Takde la jadi macam dalam cerita dalil cinta tu. Hehe:)

Tengok macam semalam, dia yang dulunya kalau masuk dapur mesti minta tolong dengan dia yang hebat memasak tu, semalam dia buat mihun tomyam. Sedap. Saya yang da kenyang ni pon boleh makan tau. Hihi, kiranye kami ni macam guinea pig untuk masakan yang lain la.

So, buat sesiapa yang berhajat untuk menjadikan housemate saya suri di hati mereka, silakan. Saya memberi jaminan skill masakan mereka memang mantap dan insyaAllah, akan semakin mantap.

Owh, masih dalam topik makanan, nak cerita sikit kisah kami dengan makanan halal. Yelah, kami ni kan duduk di negara bukan islam. Nak cari makanan halal tu xdela senang sangat. Dan setiap kali nak beli apa2, mesti kena tengok, ada tanda vegetarian ke tak, ada alkohol free ke tak. Kalau dia tak tulis, kena la check ingredient dia satu2. Boleh juling mata ni. Nak2 lagi kalau yang ingredient dia memang banyak giler. Dah la tulisan kecik2. Haisy. Pastu, dah la kalau pergi town tu, bau kfc, Mcd, pizza dia, adoi, memang stress la. Nak2 lagi kalau tengah lapar. Memang kat town tu ade je restoran halal, tapi restoran2 tu selalunya bukak after 5, and town kitrorang tu tutup pukul 5. Selalunya kalau pergi town mestila tengah hari tu, dan restoran halal tu memang komfem la tak buka lagi kan. Tu yang kadang2 klu teringin nak makan ayam kfc ke, sama ada buat sendiri kat rumah, atau pon, naik train, pergi tempat yang ada kfc halal. Tu yang dulu saya ngan dia pernah naik train sejam lebih ke colne demi mencari kfc halal. Huhu, kelakar la. Tapi kat uni kami ada je 2 restoran halal. Tapi x sesedap kfc la. Haiys, makan fast food banyak2 pon x elok untuk kesihatan kan. haha, sesi memujuk diri. Tapi tu la, nak cerita, kat sini makan xdela macam kat Malaysia. Almost everything boleh makan. Dan makanan yang available kat cni pon xdela banyak sangat kan. Tapi boleh la. Apapon, kita kena bersyukur kan? At least kat sini ada beriyani yang sedap. Saya yang memang agak kurang suka dengan makanan2 begitu, tapi ada satu kedai nama dia Moghul ni, beriyani udang dia memang best. Kami semua suka kedai tu. Hihi.(untuk pengetahuan semua, almost semua kedai halal kat Lancaster ni kami dah cuba. hihihi)

Kalau nak beli bahan2 mentah pulak, since kat lancaster ni xde jual, selalunya kitorang akan kirim pada akak2 postgrad yang nak beli. Selalunya diorang akan ke preston blackburn, manchester or liverpool untuk beli. So far, alhamdulillah, tak pernah la kitorang x cukup makan:) Kalau dah habis pon, pinjam je ayam akak2 tu dulu, Hihihi...

Eh, ingat nak cerita ringkas je tadi. Tapi macam terpanjang pulak. Nak stop da ye:)

Tapi sebelum menutup kata. saya ingin kongsikan sesuatu bersama anda semua:)

“Wahai manusia! Makanlah dari(makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.”
(surah al-baqarah ayat 168)

~Saya yang paling cun~

Thursday 4 November 2010

persahabatan...ukhwah seakidah =D

alhamdulillah, setinggi syukur pada Allah atas nikmat terbesar yg kita semua insyaAllah ade iaitu nkmat iman n islam. ukhwah antara kita juga salah satu nikmat paling manis yg Allah bagi pada kita semua sekarang. kejauhan dari family,Allah gantikan dgn menghadirkan rasa indahnya bersahabat.
untuk kali ini, alhamdulillah Allah memberi kekuatan utk saya menukilkan sedikit ilhamNya utk saya kongsikan bersama di sini.

hari ini, tanggal 3 November 2010, genaplah 21tahun, seorang sahabat yg baru saya kenali lebih setahun yg lalu, menggalas tugas khalifah di muka bumi ini.  bercerita tentang kelahiran, mengingatkan saya dgn sepotong ayat Allah ; "Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya"[38:72]. maka sebagai muslim yang beriman kepada Allah sbg Pencipta pastinya akan setuju jika dikatakan hidup ini punya tujuan kerana sesuatu tidak dicipta tanpa sebab. selitan sharing yg diharapkan bermanfaat. =D

nak dijadikan cerita, seperti biasa, kami pasti memerah otak memikirkan surprise birtday jenis ape yg kami nak gunakan utk beliau kali ini. planning mesti la kene baik punye supaya beliau xterhidu persiapan kami. pada satu hari yg agak bersesuaian,n  berbekalkan 60minit,kami alhamdulillah berjaya membeli barang2 persiapan tersebut(rasenye sgt puas hati n beliau pun sgt suke dgn semuanye =D). utk tempat,piki punye piki punye piki,kami pun memilih idea somewhere outdoor utk dijadikan tempat perkelahan. sy sgt excited sbb outdoor tapi kalau ikut forecast, rini hujan. sy bgn2 pagi td terus selak langsir n nampak gayenye ade harapan nak buat kat luar! alhamdulillah. cantik sbb beliau ade kelas sejam pagi ni, so boleh r kami prepare utk buat suprise mase beliau balik kelas nanti. so, dalam mase sejam tu, kami all out habis2an masak n pack2 makanan ala2 picnic gitu.tp on the way nak g sane, ujan la pulak, tapi kami redah je.hihihi.

selepas tu, bermula la episod2 men'suprisekan' beliau. utk ini, kte tunggu beliau sendri yg cerita.hehehe

dan itulah persahabatan. pernahkah kita terfikir, punca apekah yang membuatkan bonding ini terlalu kuat? adakah atas dasar bergelak ketawa bersama sahaja? atau hanya sekadar berkongsi pengalaman bersama? sebenarnya kukuhnya sesuatu ikatan berdasarkan satu nikmat cinta yg dirasai bersama, ringkasnya, persahabatan kita tidak lain tapi ianya atas dasar kita seakidah.bak kata pepatah,cintakan bunga,  bunga kan layu, cintakan manusia, manusia kan mati, cintakan Allah, itulah yg kekal abadi.
maka letaklah Allah sbg tujuan persahabatan kita, agar ianya kekal abadi, bukan setakat di dunia yg singkat ini sahaja...
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa"[43:67]ayat Allah ini sgt menggerunkan,marilah kita sama2  renung2 dan berfikir sejenak.

sampai di sini sahaja coretan sy yg agak skema, almaklumlah baru blaja nak menulis2. maaf kalau membosankan.  semoga bermanfaat utk semua. =))

saya yg paling muda,
=D

Tuesday 2 November 2010

Terasa?

Salam everyone :) Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria2 selalu.


Takde banyak sangat nak cakap sebenarnya. Cuma semalam ada satu kejadian yang berlaku. Trang trang trang! haha saja nak buat suspens.


Tapi saya bukan lah nak cerita apa yang happened last night. Cuma, out of that, kitorang dapatlah tahu something new lagi tentang each of us. Word of the night = terasa.


Almaklumlah, kita sebagai manusia, tipulah if kita cakap kita tak pernah ambik kisah or more specifically, tak terasa dengan perbuatan/kata-kata/ekspresi muka orang kat sekeliling kita. Cuma, bak kata si dia, bila kita dah tahu yang kita akan hidup bersama and di bawah satu bumbung, jadi kenalah pandai minimise and control perasaan bila terasa.


Semalam jugak, terbukak lah kisah2 terasa yang terjadi sepanjang perkenalan kitorang. Lawak jugak sebenarnya. Kadang2, benda kecik pun boleh jadi penyebab. Daripada gurauan menjadi perselisihan. Ye lah, lidah ni tak bertulang. Senang sangat mengatakan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Terlajak perahu pulak boleh diundur, terlajak kata, padah jawabnya. *cewah*


Personally, saya lebih suka pendam bila terasa. hehe nak avoid any awkwardness. Besides, saya takut bila saya tunjuk yang saya terasa, orang akan sangat berhati2 dengan kata2 mereka. Takut mereka tak comfortable berada di samping saya. Tapi again, that's just from my personal point of view. Ada orang prefer untuk tunjuk. Betullah jugak. Bak kata orang, tak elok pendam perasaan, nanti sakit jiwa sendiri. haha tapi, saya so far, alhamdulillah, waras lagi. hoho


Lagi satu, ada this quote yang selalu terngiang2 di cuping telinga. "The smart one isn't the one who wins arguements, rather is the one who avoids getting into them in the first place." Jadi, insyaAllah, jom kita berpegang dengan kata-kata ni. hehe


Tu je lah kot yang saya nak tulis. Kalau panjang lagi, takut terlentok sapa2 yang baca post ni. Saya pun tak pandai sangat bab2 mengarang ni.


Owh, tapi sebelum saya beredar, biarlah hadis dibawah ni menjadi renungan.....


"bahawasanya Nabi saw bersabda, 
لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام
Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam." (dikeluarkanleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari)


Ingat, tak kira se-terasa mana pun, bila dah sampai tiga hari, tegur2 lah  ye. kih kih kih :)

Monday 1 November 2010

Percikan kesedihan sumber kekuatan dan kebahagiaan

Bismillah...
Assalamualaikum wbt


Terkejut dengan tajuk kali ni??? bunyiknye cam bombastik gituw kann?? hehe..
Tapi itula topik yang saya rasa besst untuk dikongsi bersama...hehe
Saya pernah terbaca, satu ayat yang membuatkan saya terfikir tentang maksud di sebaliknya..
Ayatnya berbunyi:
"gaya penulisan seseorang itu boleh melambangkan perasaaan, keadaan dan pemikiran penulis ketika itu".


Dan saya rasa ada benarnya kata-kata ini. Bagaimana penulisan saya selepas ini boleh melambangkan dan menggambarkan perasaan saya ketika ini. Hohoho.. 


Sudah bersedia untuk memasuki mode serius???HAHA


LET'S BEGIN (ala-ala intonasi anastasia yang ajar probability tu..huhu)


Sedih? Sedih terdiri dari dua suku kata yang apabila dilafazkan akan keluarlah dari mulut kita "se" dan kemudiannya "dih".. Bagaimana setiap manusia mengekspresikan kesedihannya itu, bergantung kepada bagaimana dia dapat mengawal kesedihannya itu. Kalau yang tak pandai nak kawal emosi sedih nya itu, memang monyok habis la mukanya, tapi kalau yang pandai kawal emosi sedihnya itu, fullamak,, powerr habisla..hehe


Makhluk Allah yang manakah yang tidak pernah merasai kesedihan? Hatta burung di langit dan ikan di laut akan turut merasai kesedihan. Cuba kita imbas kembali bagaimana kisah Nabi Musa yang sedih ketika saat pemergiannya ke gunung Sinai, kaumnya kembali membuat anak patung sapi dan menyembah kembali ukiran mereka itu;


"Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia : "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu?" Dan Musa pun melemparkan luh-luh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata : "Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim."
( Al-A’raaf : 150).



Nabi Allah ini pun turut merasai kesedihan apatah lagi kita sebagai manusia biasa ini. Tetapi saya rasa, jangan jadikan kesedihan kita ini sebagai jalan kepada emosi dan nafsu kita untuk dikuasai oleh syaitan, dan akhirnya kita akan jatuh lemah kepada musuh kita sendiri. Pernahkah kita terfikir, jika kita terlalu larut dalam emosi kesedihan, maka kesedihan itulah yang akan menjadi besar dan akan mengecilkan hati dan fikiran kita yang mana akan menghanyutkan kita bahkan kufur pada Allah. Akan tetapi jika kita merasakan kebahagian dari apa pun yang terjadi pada diri kita, maka Allah akan membesarkan hati dan yang besstt lagi, iman kita sekali yang akan dapat mengecilkan segala sesuatu yang dapat merubah diri kita menjadi makhluk hina di hadapanNya.


Suka untuk saya berkongi dua ayat yang saya rasa bestt bila baca ketika sedih;


"Sungguh, kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah".[90:4]


"Allah lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu dari keadaan lemah itu menjadi kuat,kemudian Dia menjadikan kamu setelah kuat itu, lemah kembali, dan beruban. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki, Dan Dia maha mengetahui maha berkuasa."[30:54]


Allah telah menceritakan kepada kita, setiap antara kita memang diciptakan dalam keadaan susah payah dan lemah. Tetapi, pada satu saat, kita akan kuat kembali. Tetapi kita akan kembali semula lemah. Di saat lemah itula, manusia biasanya akan kembali kepada fitrah mereka, mencari Tuhan yang disembah untuk beroleh kekuatan kembali. Saya amat takut kalau-kalau saya adalah orang yang hanya mencari Allah ketika lemah.. Nauzubillah,, apa pun, kita cuba letakkan Allah sumber utama kita dalam setiap tindak tanduk kita..insyaAllah..huhu


Pada pandangan saya, kesedihan akan mendorong seseorang itu untuk lebih kuat dan mencari sumber-sumber yang boleh memberikan kebahagiaan kepadanya. Tetapi, tidak dinafikan, air mata mereka akan mudah mengalir dalam proses mencari kekuatan itu kembali. Oleh kerana itu, ingatlah bahawa belakang kita terdapat kekuatan yang tak ada batasnya, iaitu Allah swt  dan di depan kita akan tumbuh dan terpancar sinar kegembiraan serta di samping kanan dan kiri kita terdapat kesempatan yang tak mungkin habis oleh kemampuan kita untuk berbuat dan melaksanakannya..


Huhuhu,,pening kah anda??? maaf ye,, entry kali ini agak serius..apa yang ditaip lahir dari hati yang lemah ini, dan paling dekat dengan telinga sendiri. Moga-moga entry saya ini bermanfaat untuk diri saya juga dan  untuk kalian jugaa...


akhir kata;


"Berita gembira di dunia ialah pada saat mati,saat para malaikat mendatangi mereka sambil membawa rahmat dan berita gembira dari Allah. Sedangkan di akhirat ialah saat keluarnya jiwa orang Mukmin, saat naik kepada Allah." [Ibnu Abbas]


wallahualam..


wassalam..
~teh o ais~


p/s: maaf ye kalau ayat berbelit-belit..:)