Tuesday, 9 November 2010

hari-hari yang penuh

Salam everyone.

Hehe, nampak gayanye housemate saya ni semuanya dilanda kebusy-an. Yang sorang kena siapkan essay, yang sorang tu berulang alik ke uni, yang sorang lagi tu busy dengan pelbagai aktiviti yang harus dia rancangkan. Since saya yang less busy berbanding mereka, biarlah saya sekali lagi berkongsi cerita di sini:)

Sekarang ni hari selasa, masih di awal pagi. Waktu saya menulis ni, jam di laptop menunjukkan pukul 6.15 pagi. Sebab itula rumah masih sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki kami turun naik tangga. Kalau nak tengok kami rileks, dari pukul 6-8 tu, rumah macam aman je la. 8 onwards tu, semua orang berlari2 ke sana sini. Berebut nak mandi la. Berebut nak gosok baju la. Yang masak, kecoh2 nak masak. Huhuhu, kelakar sangat. Dah la masing2 pon suka mandi dekat2 nak gi kelas tu, resultnya, kelam kabut la semua. Pastu marah2 kat bas bila bas tak ikot jadual. Padahal da tau benda tu setiap hari berlaku, nak jugak siap last minute tu. Bukan sorang, tapi satu rumah, Klakar btol. Teringat waktu awal2 first year dulu, sejam sebelum kelas kot dah sampai kat uni. Siap boleh lepak2 main komputer kat learning zone tu kan. Sekarang, asal sampai uni je berlari2 nak gi kelas. Smpikan bila sesekali tersampai awal pon masih berlari2 nak gi kelas. Sebab dah biasa sgt berlari2 kan. Huhu.

Semalam, setelah menyedari kebusy-an kami semua setiap hari, bukan busy belajar tau, busy dengan aktiviti sampingan, hehehe, dia pon mencadangkan agar satu takwim dilekatkan di dinding rumah. Yelah, sebab kitorang ni banyak betol planning. Kalau boleh, semua benda nak buat, semua tempat nak pergi. Tapi masa tu limited. So, saya pon tampal la planner kat dinding rumah kami. Huhu, lepas ni, kalau ada sebarang aktiviti, boleh la kami atur dengan lebih baik. Huhu:)

Cerita pasal aktiviti, hari jumaat hari tu, kami bertiga, dia yang sorang tu tak dapat nak join sebab busy, kitorang pergi aerobic class dekat uni. Hehehe. Best3. Dis week pun nak pergi lagi, insyaAllah. Tapi sabtu tu, kitorang makan roti pratha telur as breakfast. Hahahaha, buang lemak, kumpol balik. Eh, tapi xpe. Sebabnya, petang tu lepas ada usrah dengan warga perempuan lancaster, kitorg ramai2 buat poco2. Huhu, ade la dekat sejam jugak buat poco2. Tapi, sekali lagi, malam tu kumpol balik lemak. Hahaha, kali ni makan nasi dagang pula. Yela, saya ngan dia pergi lepak rumah sorang akak postgrad ni. Dah dia ajak makan, xkkan nak tolak pulak. Siap tapau untuk dua orang lagi tu yang tak dapat datang. Owh, lepas da makan2 nasi dagang tu, saya and dia ikot akak tu gi tengok firework. Ye, ade bonfire festival hari sabtu tu. 30 minutes non stop firework. Cantik and best~ Huhu, yang kelakarnya, anak akak tu tengok je mat saleh yang tengah main bunga api tu. Yelah, lepas firework yg besar tu, ramai juga la mat2 saleh ni yang dok main bunga api yang mcm orang malaysia main time raya tu. Pastu, agaknya anak2 akak tu pandai buat muka kesia, mat saleh tu pon bagi sorang satu. Suka diorang dapat. Lepas tu baru boleh balik dengan hepinye. Huhuhu...

Owh, the next morning tu pulak, kitorg pergi festival market dekat morecambe. Cewah, konon si dia ni nak ajak saya pergi jogging pukul 8 tu, since kitorang cadang nak pergi market pukul 9. Sekali senyap je dia. X dengar bunyi pon. Dah pukul 9 tu, 3 orang ni dah siap la. Saya pon ketuk pintu bilik dia. Eh, xde orang sahut pula. Dah banyak kali try, saya suruh dia pula cuba. Dia ketuk3, masih xde yang meyahut. Tapi pintu bilik berkunci, so mesti ada orang kat dalam. Pastu kitorg pon decide nak ceroboh je masuk bilik dia ni. Hahahahahhaha, rupa2nya tak bangun tido lagi. Last2 kitorg pergi market tu pukul 10, sejam lewat dari rancangan asal. But don wori awak, kitorg x marah pon. Malah kitorang rasa kejadian pagi tu sangat melucukan. Apapon, hasrat kita semua nak pergi festival market tu berjaya. And hari tu sangat best. Pukul 4 petang baru sampai rumah. Best3. Kite kena slalu buat outing weekends la korang;)

Anyway, smalam kelas stat. Tapi since semalam keas stat pukul 12, pagi tu dia ajak saya gi jogging. Tapi sebab hujan, kitorg pon decide nak aerobic je ikot utube. Huhuhu, memang kelakar~ Habis kelas semalam pukul 4, kitorang pon pergi rumah sorang akak postgrad ni, saje nak ziarah orang tengah mengandung~ Ha, pukol 7 baru balik. Yelah, macam2 citer akak tu cerita. Owh, kitorang siap suruh anak dia main violin untuk kitorang, Ye, anak dia boleh maik violin. Best x? Jeles btol;(

Ha, hari ni hari selasa. Selasa=kelas hbs pukul 6 stat pukul 11. Bagi yang 3 orang budak math ni je la. Yang sorang lagi tu, 1-6. Straight. Kitorang at least ade gap. Uisy, kesian2. Selain drpd itu, selasa juga membawa erti hari membuat homework. Since due homework tu rabu,selalunya selasa tu la kitorg bertungkus lumus siapkan homework. Haha, kelakar betul. And since esok xde kelas and kitorg malas nak dtg uni, selalunya kitorang akan cuba hntr hr ni juga. Tu yang mcm petir buat kerja tu. Huhuhu.

Mmmmm, sbnrnye mesti orang tak faham kan motif cerita saya kali ni. Takdela, bersesuaian dengan tajuk entry kali ni, saya cerita kat semua, jadual kami dari jumaat smpi isnin(semalam). Hari2 pon penuh dengan aktiviti. Bayangkan la, everyday kitorang memang macam ni. Busy kan? Saya pon hari ni da la kelas smpi pukul 6, 7-9 ada meeting pula tu. Hai, nasib2.

Apepon, masa yang terisi tu lebih baik dari masa yang terbuang kan.

Okla, seperti biasa, sebelum saya menutup kata, izinkan saya berkongsi sesuatu, 
 
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
(Surah Al-Asr)
Wassalam,         
~saya yang cun~
 


No comments:

Post a Comment