Friday, 31 December 2010

mengimbau tahun 2010

Salam buat semua.

Sebenarnya kat uk ni belum la lagi masuk tahun 2011, ada lagi lebih kurang 6jam lebih sebelum pukul 12, tapi nak jugak ucap selamat tahun baru buat semua. Huhu, rasa best sebab waktu tahun baru hijrah hari tu pon saya yang tulis entry tu. Saya memang suka tahun baru kot~

Waktu saya nak tulis ni, bila teringat balik apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ni, terasa macam dah lama je benda2 tu happend. Ada benda yang rasa macam baru je terjadi. Yelah, kadang2 masa tu macam cepat sangat berlalu, kadang2 masa tu rasa macam lambat nye lah berlalu. Apepon, setahun sudah berlalu since jaulah kami ke andalusia, spain. Kenapa saya tiba2 cerita pasal jaulah tu. Sebab itulah aktiviti pertama kami(well, kami bertiga to be exact since yang lagi sorang tu menyambut tahun baru di kampung halamannya) di tahun 2010. Best, tapi sayang sebab saya kurang sihat ketika itu, so, rasa macam tak larat sangat la. Apepon, memang best. Owh, actually 1 haribulan tu, rumah kami menerima kunjungan dari sahabat2 semasa di intec. 7 orang datang ke Lancaster ni~ Mereka lah tetamu pertama kami di sini. Hehe, lupa pulak nak mention yang ni awal2.

Apepon, tamatnya jaulah andalusia, kami pon memulakan term baru, 2nd term kami. Yang kena buat esei, buat esei, yang buat projek, buat projek, yang exam, amik exam. Macam2 la. Tapi apepon, almost every weekend kami akan keluar berjalan. Hehe, memang banyak la koleksi gambar time ni. Sebulan cuti sebelum 3rd term tu pon kami penuhkan dengan jaulah ke Ireland, London dan ke South Uk. Best jalan2 ni. Jauh perjalanan, luas pemandangan orang kata. Subhanallah, memang indah sungguh ciptaan Allah ni. Di samping pemandangan yang cantik, kami lebih mengenali antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, kami berkenalan dengan sahabat2 baru. 3rd term kami pula, dah start busy sebab ada lagi 5 minggu je sebelum final exam start. Dengan MSPG(dinner Msian society Lancs) nye lagi. Waktu ni juga mak saya datang. Huhu, 3rd term ni memang busy la masing2. Waktu ni jugak semua da excited2 nak balik Msia/Brunei kan. Yelah, summer holiday 3 bln, semua mestilah nak balik kan. Setahun menanggung rindu.

Maka kami pon menghabiskan 3 bulan di Msia/Brunei, jul-oct~ Awal oct tu baru semua balik ke sini balik. Dengan rasminya kami semua bergelar pelajar tahun 2. Ada junior tau~ Hehe... Tapi umur kami bertiga sama je dengan umur junior tu, tapi diorang panggil jugak akak. Oooopppsss, terasa tua. Takpela, panggilan akak tu sebagai tanda hormat kan. Hehehe.. Jadi bermulalah kisah 2nd year kami. Dan seperti makluman semua, kalau ada baca entry2 sebelum ni, dapatlah imagine betapa busy-nya hidup kami untuk 1st term ni. Dah habis da pon satu term, sekarang ni pon tengah break before masuk 2nd term lagi 2 minggu...

Ok, kalau ingat balik, memori ape yang paling best? Pada saya, mestilah sambutan hari jadi kami. Hehehe;) Bukan saya punya je yang saya suka, diorang punye pon saya suka. Sebab bila ada je bday ni, busy la kami merancang macam mana nak buat surprise paling best kan. Hehehe. Best2.

And best juga bila kami lepak dalam bilik saya main wii(pinjaman dari KR sebelum beliau pulang ke Msia). Best sangat. Ataupon bila berborak and berangan2 sampai pagi dalam bilik dia. Best juga bila teringat lepak2 kat meja makan sambil gosip2. Sembahyang sama2. Pernah tu, kitorang puasa sunat, sahur sama2. Bila si dia dapat result best untuk Msci, dia belanja makan pizetta. Bila si dia dapat duit dari uni, dia belanja kitorang pizza. Kadang2 akak2 ni ajak datang makan2 kat rumah diorang. Bila terasa macam makan banyak, kitorang gi jogging sama2. Ataupon bila kita buat benda gile bersama, contohnya bila si dia suggest saya lompat dari batu ke batu, saya end up  jatuh dan luka. Owh, manis juga bila teringat time saya hilang beg duit+500pound+tiket train yang sangat banyak(ok, kes hilang ni x manis ye), diorang callkan bank, cakap dengan polis, tolong saya yang mana patut. Sweet kan? Huhu;) Hmmm, panjang kalau nak listkan kenangan manis 2010 ni. Banyak lagi ni kalau nak tulis, tapi kang terpanjang pulak entry saya ni kang. Bosan nanti.  Tapi itulah, banyak memori indah kami bersama tahun ni. Well, ada la yang pahit tu sana sini, tapi yang tu, biarlah rahsia. Ahaks~

Oklah, rasanya macam dah panjang dah ni, saya pon dah mengantuk, saya kena stop dulu la ye.

Buat housemate tercinta, jagalah saya lagi untuk tahun 2011 ini ye.

~HAPPY NEW YEAR TO ALL~

p/s:sambil2 ingatkan balik aktiviti kitorg, teringat jugak aktiviti2 dengan family. owh, rindunya mereka. selamat tahun baru juga buat mereka yang tersayang di malaysia~ another 6 month to go>.<

No comments:

Post a Comment