Wah, kebuzian saya semakin hilang, dan alhamdulillah saya semakin pulih daripada homesick terok yang melanda pada minggu lepas. Hehe, dah jauh2 ni mula la selalu ngada2 nak homesick kan. Tapi itu kan fitrah manusia, rasa sayang, rindu dalam diri. Alhamdulillah saya dikurniakan perasaan2 yang suci dan murni ini. Hehe.
Rasanya dah lama tak bercerita tentang aktiviti2 yang kami lakukan. Lately ni, banyak aktiviti individu. Huhu, cuma kalau untuk saya, aktiviti wajib bersama setiap minggu adalah aktiviti pergi ke kelas dan aerobik. Ye, masih ingat lagi entry saya pasal aerobik? Setiap jumaat, kami bertiga masih lagi mengikuti kelas aerobik di uni. Cuma hasilnya sahaja masih belom kelihatan. Apapon, smg badan kami kekal sihat. Hihihi.
Ok, ape yang saya nak cerita kali ni adalah tentang malam semalam. Memandangkan si dia tu dah nak berangkat ke London esok, sebelum fly ke brunei rabu, saya ajak mereka ambil gmbr malam di town. Yelah, sekarang ni malam awal, pastu kat town tu dia pasang banyak lampu2 sebab tak lama lagi nak krismas. Hihi, saya memang peminat malam dan lampu. Dari dulu lagi, saya suka jalan malam2 tengok lampu. Kalau kat msia, kat dataran merdeka tu spot yang best untuk tengok lampu. Lagi satu yang dekat highway tu, tak tau la ape nama highway tu. Jalan kuching rasanye. Apeapelah, berbalik kepada cerita tadi, kami keluar pukul 5.15ptg mcm tu. Ye, dah gelap gelita macam 9 malam msia je. Since bas kalau hari Ahad memang macam segan2 nak datang, kitorg bertiga pon decide nak jalan je ke town. Boleh la buang mana2 yang tak perlu tu. Haha, tapi yang kelakarnya, kitorang pergi makan fast food kan before amik gambar. Kumpol balik ape2 yang dibuang masa jalan. Tapi yelah, bukan senang tau nak dapat makan dekat restoran2 halal ni, sebab bak kata saya dulu, dia bukak after 5. Since semalam peluang dah ada depan mata, kitorg makan je la kan. Kali ni kitorg makan kat Big Bites, kedai pizza feveret coulston road. Selalu kalau delivery, mesti beli pizza big bites. Tapi sayang, semalam makan ayam goreng dia, mmmm, x sedap:( Xpela, x sedap2 pon licin jugak kitorg makan, walaupon saya perlukan bantuan yang lagi dua tu untuk habiskan. Oooooppppssss, saya ade kata x, kitorg bertiga je yang pergi, lagi sorang tu tak ikot, dia ada hal. Hehe:)
Dah makan2 tu, bermulalah sesi fotografi kami. Wah, bila malam town tu tak ramai orang, rasa macam town sendiri pulak. Semua tempat menarik kitorang amik gambar. Pastu kebanyakan kedai bukak lampu malam2, so, dengan kedai pon amik gambar. Owh, ada tu kitorang jumpa patung besar sgt, siap ade passport lagi, tau x harga dia berapa? 200pound! Separuh harga tiket balik msia tau. Haha. Puas hati la sebab dapat snap gambar dengan lampu2 cantik tu kan. Dah pukul 7, kitorang pon bergerak ke stesen bas, nak naik bas balik rumah. Hehe, dengan suhu yang sgt rendah, jari2 tangan yang macam nak beku tu, tak sanggup rasanya nak jalan kaki. Alhamdulillah sekejap je dah ada bas. Maka, balik la kami ke rumah.
Belom, belom habis lagi cerita saya. Tengok la tajuk saya, pasal apa. haha, betol3. Balik tu, kak N datang bawak ikan sea bass nak minta tolong dia masakkan, sebab nak mkn dgn si dia yang dah nak balik tu. So, dia pon masak la asam pedas. Haha, smntr saya tgg dia masak, boleh lg tu makan cereal, sambil tgk arashi dgn si dia lagi satu tu. Dah selesai dia masak, kami pon makan. Since saya memang dah kenyang betol, saya ratah ikan je la. Hehe, kena la rasa kan. Tapi berselera btol dia tu. X taula sebab dah nak balik, so mood hepi, selera bagus ke ape kan. Tapi dua kali la dia tambah nasi. Hehe, saya dah tersenyum2 dah kat tepi tu. Bagus la, tu menunjukkan betapa sedapnya dia masak kan? Hihihi.
Dah sudah makan, ape lagi? Jam pon dah pukul 10lebih. Masa untuk tidur la. Tapi x dinafikan, lately ni memang kuat betol makan la. Orang kata, winter buat kite cepat rasa lapar. So, untuk mengelakkan saya rasa bersalah, saya pon nak kata. Winter ni buat saya cepat lapar la. Hahaha;))
Oklah, semoga bertemu kembali.
Pada awak, selamat pulang ke tanah air tercinta. Jangan extend cuti lahi tau. Balik tau 14 tu. Kalau x, kitorang kunci rumah.
Dan pada semua umat Islam, selamat menyambut tahun baru hijrah,1432. Salam maal hirah dari saya~
Saya sertakan sekali doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk semua,
Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

No comments:
Post a Comment