Salam kembali buat semua.
Hehe, entry kali ni macam sayu je kan. Bukan ape, semalam kami bertiga(ye, si dia sorang tu dah selamat sampai di brunei da pon rasanya, masih tiada khabar berita lagi setakat ini) pergi ke rumah seorang akak postgrad ni, kak NM. Hehe, akak ni memang comey habis la. Lagi dua minggu, which is on the 22nd, dia dan suaminya, Dr. M serta anak mereka akan pulang ke tanah air tercinta. Abg M tu dah berjaya dapatkan phd dia dah pon, tahniah abg M;) So, kitorg selalu la cakap kat akak tu teringin nak datang rumah dia kan sebelum dia balik. Semalam, kitorg pon dengan rasminya menerima jemputan makan tengah hari dekat rumah dia. Kitorg bertiga plus 7 org lagi budak 1st year. Hehe, memang sedap la kak NM masak, saya rasa la tu nasi minyak, or nasi tomato, x tau la, tapi yang penting dua kali la saya tambah. Siap ada air sirap and limau kan. Dah macam menu orang kahwin je. Ahaks:) Lepas makan tu, abg M pasang cerita tamil. Hahahaha, kitorg layan tamil tu. Cerita pasal robot2 la. Abg M kata cter tu kutipan die yang paling tinggi dalam banyak2 cter tamil, and kos cerita tu pon memang mahal la. Dah layang citer tamil tu, mula la pulak berkongsi cerita dengan kak NM kan. Huhu, akak tu memang ramah. Lama jugak la kitorang bersembang. Adela dekat 7 jam lebih lepak dekat rumah akak tu sebelum reti nak balik. Haha, towards the end tu pon tinggal lagi 4 je drpd 10. Yang pasti kitorg bertiga masih setia lagi la. Kitorg ni bab lepak2, makan2, memang no1. Hahaha;))
Btw, balik tu memang saya teros tido. Penat seharian bergelak ketawa kan. Siap boleh tertido dalam bas kan, nasib baik tak terlepas. Haisy, buat malu aje.
Apepon, ape yang saya nak cerita sebenarnya belom start lagi. Haha;) Baru intro je tadi tu. Ok, cerita pasal orang nak balik Msia ni, sejak duduk sini, dah ramai orang baru kitorang jumpa, ramai juga orang yang kami menyaksikan pemergian mereka, buat pergi mana, tapi pulang ke Msia. Baru setahun lebih kitorang duduk sini kan, dah lebih dari 10 orang dah balik Msia. Well, walaupon ada antara mereka yang kami tak sempat nak kenal lama, tapi kehadirang setiap manusia dalam hidup kita ni sedikit sebanyak ada mengajar kita sesuatu kan.
Kak F, kak L, kak I, kak K, kak FP, kak R and famili, kak T and famili, kak N and famili, kak A and family, kak H, J, kak A, kak M and famili, ni antr yang saya ingat la. Ha, ramai kan yang dah balik Msia for good. Makin berkurang warga msia dekat lancaster ni. Tapi dalam ramai2, tentulah kepulangan kak R and famili yang paling banyak memberi efek kepada kami berempat khususnya. Yelah, akak ni memang akak yang terbaik la. Daripada awal, dia la yang banyak tolong kami semua. Macam2 akak ni tolong kitorg, kalau nak ist tu, banyak sangat rasanya. Memang rindu la kat kak R:( Kalau lalu depan rumah akak tu, mesti rasa macam sayu je. Hmmm, tapi itulah kehidupan kan. Manusia ni datang dan pergi dalam kehidupan kite. Setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tak kisah la apa bentuk perpisahan sekali pon, apa yang pasti, perpisahan itu sudah pasti.
So, kepada 3 orang housemateku tercinta, semoga kita berusaha melakar memori indah bersama supaya nanti bila dah terpisah, ada juga benda yang boleh mengingatkan kita kepada yang lain.
Oklah, rasanya dah banyak kot saya cakap. Lagipon, sekarang dah hampir pukul 8, kejap lagi pukul 9 ada kelas dan saya tak siap lagi.
Lain kali saya cerita lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment