Tuesday, 30 November 2010

Snow oh snow!

Salam semua :)

Terasa lama sungguh tak menjenguk blog ni. The word busy memang tak pernah lekang dari bibir semenjak dua menjak ni.

Anyway, beberapa hari ni, rutin harian saya banyak dihabiskan di dalam bilik. Since in just a matter of days saya akan balik ke kampung halaman, terpaksalah menyiapkan tuntutan coursework yang berupa dua essay. Rasa perit jugak otak ni bila, setelah sekian lama, tiba2 je terpaksa bermonolog sendiri untuk come up with the best possible arguments untuk dimasukkan ke dalam esei ni. Teringat saat2 bittersweet tatkala bertungkus lumus buat essay tahun lepas dengan si dia dan si dia. :')

Bila focus banyak ditumpukan on menyiapkan coursework ni on time, ke-excited-an untuk balik pun belum terasa sangat. Tapi alhamdulillah, essay yang satu tu dah pun officially siap pagi ni! OH YEAAAAHHHHH!!!!! Sebab tu lah saya ada masa untuk menulis post ni. hehe kiranya hari ni cuti, sebagai hadiah untuk diri sendiri sebab berjaya menyiapkan satu kerja mengikut plan.

Owh owh! Semalam snow turun!! Hari ni pun sama!! Walaupun tak selebat tempat lain rasanya, snow kat sini boleh dikategorikan sebagai agak lebat jugak. Hmm well, "agak lebat" lah bagi saya. hehe rasa bersyukur sangat bila akhirnya boleh experience the sight of snow sendiri and for TWO DAYS IN A ROW. hahaha

Saya dan si dia berusaha nak buat snowman tadi sementara tunggu si dia ambik gambar nama2 family dia tapi tiba2 ada sorang makcik yang selamba bawak anjing dia buang hajat kat depan rumah kitorang. Terus si dia yang sorang tu hilang mood nak buat snowman. Kesian ada jugak. Punyalah dia excited in the first place tapi gara2 ketidak-senonoh-an anjing tu, mood dia hilang macam tu je. Si dia memang tak puas hati dengan anjing tu sampaikan dia boleh luahkan semua isi hati dia waktu kitorang buat video. hehehe Cakap pasal video tu, saya suka sangat! Memang dokumentari tu baik punya lah! Lawak + dramatik + sedih + gila2. Macam2 ada gitu~

Bila tulis pasal snow ni, terbayang pulak imej tadi. Butiran ais yang lembut jatuh dari langit, menutup sedikit demi sedikit warna2 gelap kehitaman jalan raya. Walau tak selebat mana, dalam sekelip mata je, surrounding dah pun mostly berwarna putih. Tiba2 teringat tentang bintik2 hitam di hati yang sorang akak tu cakap waktu usrah hari sabtu lepas. Akak tu cakap, bintik2 hitam di hati susah nak tanggal. Memang betul tapi tak mustahil kan? Buktinya, sekecil2 dan selembut2 salji pun boleh menutup kehitaman jalan raya yang luas ni. Bak kata orang putih "the small things can make big difference." Samalah jugak dengan kita. Mungkin dulu kita pernah ada zaman kegelapan tapi tak mustahil untuk kita menjernihkan kembali hati ni dengan amalan2 kita walau tak sehebat mana, insyaAllah. Yang penting, sama jugak dengan snow, sekecik2 mana pun amalan tu kenalah berterusan, barulah kesan hitam tu tak kelihatan semula. hehehe

Okay, saya macam dah terkeluar topik sikit. hehe Apa2pun, puji dan syukur padaNya sebab bagi saya rasa snow tahun ni. Kalau ikut logik & geographical evidence from past years, memang sekarang ni supposed to be snow tak turun lagi tapi ye lah, Allah itu Maha Berkuasa atas segalanya. Dia lah Maha Memakbulkan doa-doa seperti janjinya:

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." – surah Gafir, ayat 60

dan Alhamdulillah, kali ni, Allah perkenankan doa saya :)

PS : Last2, kitorang berjaya buat baby snowman yang sebesar tapak tangan je. So, apalagi? Jom doa supaya more snow will turun! Boleh buat mak bapak snowman pulak. hehe

Sunday, 28 November 2010

sekadar CoReTaN di malam bersalji

Assalamualaikum wbt...

SNOW, satu perkataan yang sangat femes kebelakangan ni since almost semua tempat yang sedang ber'winter' sekarang, sudah mula dihujani snow. butiran2 ais yang lembut itu punya sejarah dan memori sendiri bagi setiap orang. bagi saya, snow ni sangat bez mase time dia turun, tapi lepas tu bila tengok lambakan snow kat jalan, macam2 perasaan pulak timbul. hepi sebab dapat tangkap gambar yang memutih, excited sbb boleh buat snowman n best bila boleh main baling2 snow serta macam2 lagi. tpi pemikiran sy dr sudut lain pulak, longgokan ais ni menjadikan jalan licin n boleh jatuh serta basah, hehhe, jugak membawa kepada stranded nye perjalanan2, sama ada bas, plane, train etc, kesukaran memandu n worst case terperangkap dalam ribut salji n mcam2 lagi.  walau ape pun consequences nye, snow ini adalah satu nikmat dan tanda kebesaran Allah yang diturunkan kepada orang2 yang dikehendakinya sebab bukan setiap manusia di bumi ni dapat merasakan snow, kebaikan n keburukannya. Tanda ini Allah jadikan kepada org2 yang berakal utk memikirkannya. semoga pengajaran dan keinsafan dari butiran2 ais ini dapat menguatkan lagi keimanan kita pada Allah S.W.T. insyaAllah~

hari ni hari ahad, rumah kami sunyi sepi, masing2 dengan kerja masing2. cuma kadang2 terdengar bunyi tapak kaki menuruni tangga, bunyi dari dapur, toilet dan juga kadang bunyi2 dari bilik masing. saya dan mereka hari ini semua berada di rumah. alhamdulillah, saya dan dia dapat menghabiskan weekend (at least full ahad) di rumah kami yang indah permai ni, almaklumla, jarang jugak utk kami berdua dapat berweekend di rumah... :)

beberapa jam yang lepas, tanda kebesaran Allah yg saya mention kat atas td menghujani bumi tempat kami berpijak. alhamdulillah3, saya hepi sgt tgk mereka hepi~ yang sorg tu memang excited snow sampai sakit pun boleh baik, syukur.. ,yang sorang lagi pulak, belum pernah rase snow di uk (i think) sbb dia suke balik umah time cuti winter. so rasenye tahun lepas dia xdapat rase tapi alhamdulillah tahun ni snow turun awal. tahniah kawanku, dapat jugak kamu bermain snow. insyaAllah kalau snow turun dgn lebat lagi, boleh la kita buat snowman same2. lagi sorg,macam agak kemurungan hari ni. tapi dye cool je cam bese, ini cuma firasat saya.hahaha... so, kawanku, jika sedang dilanda kesedihan atau musibah, mungkin saya xdapat memahami tapi semoga Allah permudahkan urusan kamu. oh lupa pulak, pagi tadi saya dan salah sorg dr mereka ke carboot, tapi harini xdapat tangkapan pape dr carboot since xde yang menarik di hati. harini saya ade la stdy sikit,tapi byknye depan laptop . hohoho...('jangan selalu ye' talking to myself, huhu), tapi alhamdulillah, byk jgk dapat buat harini.

akhir kata dari saya, inilah kehidupan yang pastinya penuh dengan rentak ber warna warni, dan inilah kehidupan, yang hujungnya bukan sebuah destinasi, tapi permulaan kepada sesuatu yang hakiki, semoga Dia terus kurniakan kita kekuatan menyiapkan bekalan untuk bahagia yang abadi.

wallahualam

>aquilegia<
(nama yg saya dah lame xpakai hehe, ^_^)

Saturday, 27 November 2010

winter is approaching;):(

Salam semua;) Huhu, terasa ama gila dah x merepek kat sini. Mmmmm, dua minggu kebelakangan ni hidup kitorg berempat sgt membusykan. Tak tau la ape yang buat kitorg bz, tp kitorg bz la yang pastinya. Hehe.

Last week, umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya aidiladha kan. Msia raya hari rabu, tp kitorg raya hari selasa tu. So, isnin mlm selasa tu kitorg bertakbir rumah ke rumah. Huhu, sdh pasti takbir itu membuatkan saya rasa sayu dan insaf. Tapi selain mengingatkan saya pada Allah, takbir juga membuatkan saya teringat pada ibu dan keuarga di Msia. Tapi inilah pengorbanan kami semua di sini. Berjuang di negara orang meninggalkan kehidupan di Msia. Semoga Allah berkat perjuangan kami ini dan tabahkan hati kami dalam melakukan pengorbanan ini. Apapon, beraya di negara orang ade kelebihannya.(hihi, memujuk diri namanya ni). Okla, cukup la cerita2 sedih ni, sbnrnya saya nak cerita pasal bnd lain. Hehehe~~~

Owh, housemate saya yang 3 orang tu sekarang ni semua berada dalam keadaan yang kurang sihat. Kesian dekat mereka. Nak2 lagi si dia yang sorang tu. Tak larat betol dia saya tengok. Tapi saya suka kacau dia dlm keadaan tak larat tu, sebab kelakar tgk muka dia. Hahahaha. Tapi yang sorang lg tu selalu remind saya, jgn kacau lebih2 sgt. Hehehehe. yelah, orang sakit ni senang marah kan. Kang kalau saya tak pasal2 kena marah ngan dia kang. Tapi saya tau si dia tu takkan marah saya. Sebab dia syng saya. Haha, betol tak awak? Wlubgimnpon, saya doakan mereka agar cepat sembuh dan doakan diri saya agar dijauhi.

Hihi, apakah puncanya mereka tidak sihat? Well, jwpnnya adlh cuaca yang semakin sejuk ini. Sekarang ni dah nak masuk musim winter, well, klu ikotkan, dulu saya belajar geografi, winter msk 23/11. So, dah winter dah pon sekarang ni. Hehehe;) Semalam tengah hr pon salji kecik dah turun. Malam2 pon salji dah turun. So, salji bsr is coming soon. Huhu, si dia yang tgh tak larat tu suka gila koooooot(style die, harkat kot ni 6 harkat tau) dekat salji. Tapi saya tak suka salji. Mmmmm, suka lah sebab benda tu jarang2 boleh tgk and mcm best je, tp bila fikirkan efek salji dalam kehidupan seharian, ui, tu yg jadi kurang suka tu. Seriusly, salji sgt licin. Bila salji tebal, bnyk benda terstranded. Train, flight, bus, semua la. Jalan pula sgt licin, asyik jatuh je. Huhuhu, last winter memang saya catat rekod selalu jatuh. Ada sekali tu, siap jatuh waktu turun tangga kapal terbang kan. Hehehe. And saya pernah stranded sbb flight cancel. Ni semua yang buat saya tak suka sangat winter ni. Tapi apepon, saya tetap bersyukur dapat merasai winter di negara org. Hihi;)

Nak tahu suhu sekarang ni berapa? Saya br je chck suhu, sekarang ni pukul 6.45 pagi, suhu sekarang ni ialah 0 degree. Satu yang bahaya nye sejuk2 ni sebab perot cepat lapar. Haha;) Ala, tapi kat Msia yang tak sejuk tu pon berat saya naik kan. So, cuaca ni tak efek la kan sebenarnya. Hehe;p Tapi tak kisah, nak jugak cakap winter buat kita cepat lapar. Semua orang pon cakap macam tu~~~

Well, awal winter ni juga simbol kepada cuti yang bakal menjelma. Yeay;) Kitorg semua akan start bercuti 17/12 ni smpi 17/1 nnt. Yeay, a month break from study~~~ Oooops, si dia yang sorang tu cuti sebulan setengah. Ye, 7/12 ni dia nak blk Brunei dah. Tak aci kan? Tinggal la kami bertiga je nanti. Ala, nanti mesti saya rindu awak. Hehe;) Since die bercuti "awal", sekarang ni dia tgh busy nak siapkan esei dia. Huhu, 2 esei tu. Nsb baik dia ni genius. U go girl~~~ Citer pasal kerja ni, saya teringat macam mn saya dengan yang lagi 2 orang tu kalau hari selasa n rabu. Huhu, memang lawak. Rabu tu due date kitorg hantar course work tau. And every week, kitorg ade 3 cw yang perlu dihantar. Hehehe, saya mmg akan buat hr selasa tu. Tu yang bila selasa tu mmg mcm nak gila je. Rabu pagi tu pon kelam kabut semua check jawapan. Ha, satu yang best bila semua amik subjek yang sama(ok, dia yang sorang tu tak) ialah bila boleh "check" jwpn sama2. Huhu, best2. Tapi tuh la, memang kelakar kalau tgk kitorg hari selasa n rabu pagi. Kecoh btol la. Sian si dia tu, selalu kena dengar yang tiga lagi ni keluarkan segala mcm equation. Sabar ye awak~~~

Eh, saya dah tak boleh nak taip lagi la. Actually banyak benda nak cerita, tapi lain kali la. Sebab tiba2 teringat nak cal ibu before die smpi another majlis kahwin and tak boleh nak borak dah. Okla, lain kali saya menulis lagi. InsyaAllah, lepas ni dah tak busy;)

Wassalam...

Monday, 22 November 2010

Bismillah..

And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)

Monday, 15 November 2010

ReMaJa ~ itulah KITA

Assalamualaikum wbt.

sekian lame xupdate blog ni. busy mungkin and asyik postpone utk tunggu sampai keje sume siap. tapi nanti bile sume keje dah siap, still postpone. begitulah manusia. so, pelajaran yg sy dapat are never postpone and prioritise the priority. ^_^ Allah pun byk berfirman dalam al-quran;   "Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan." (al-Baqarah: 148)

ok, back to the topic. alhamdulillah, atas takdir Allah, saya sekrang berada bersama dia,dia dan dia. saya sangat2 bersyukur n gembira sebab berada dalam linkungan sahabat2 yang sentiasa membimbing, berakhlak dan yang paling penting, mengamalkan cara hidup islam. terima kasih ya Allah.

semua orang tahu, usia remaja inilah usia di mana darah menjadi panas, jiwa suka memberontak, mencari identiti dan macam2 lagi. ramai manusia yang hanyut pada usia ini yang sememangnya mencabar. tidak terkecuali sy yang lemah ni. tapi alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah tidak membiarkan saya terus hanyut dibawa arus yang mungkin membawa saya terus ke curam. dengan sdikit iman yang masih berbaki, saya kuatkan semangat kembali ke tebing dan mulakan perjalanan yang baru. berbekalkan pengalaman itu serta pengajaran dan tentu sekali rahmat dari Allah, saya menjadi lebih matang dan tabah dgn kehidupan, alhamdulillah.

semua orang pasti mempunyai ceritanya sendiri. tapi yang pasti, semua itu atas ketetapan Allah. beradanya saya di sini bersama mereka pada saat dan ketika ini juga atas takdir Allah. tiada apa yang berlaku dalam dunia ini atas dasar teori kebetulan, firman Allah ; "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

Peluang...

melihat kembali penngalaman hidup sendiri, jatuh bangun kehidupan, membuatkan saya takut andai Allah tidak memberi jalan utk menjadi saya kembali bangun dari arus kehidupan remaja yg sgt mencabar. mungkin orang selalu kata, ' relax r, muda lagi, time ni la nak enjoy..' dan org berkata lagi "nanti dah kahwin, dah xbebas, xpuas remaja la katakan..."  saya terfikir, adakah paradigma zaman ini mengatakan "remaja = enjoy sakan". em, let's think about it together... tapi apa yang pasti, manusia itu perlu memilih jalan apa yang ingin dilalui. kerana semua peluang terbuka di depan mata, jelas, buruk dan baiknya. 

dalam satu hadith sahih, "Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan -yang baik - sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan - enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keharuan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya."


Peluang luas terbentang di mana jua. fitrahnya manusia itu sukakan kebaikan, tapi biasalah, zaman remaja inilah jiwa memberontak, mahu menongkah arus. atas nikmat akal yang Allah kurniakan, tidak salahnya kita menggunakan nya utk memilih jalan kebaikan. bukalah mata, gunakanlah akal,  lihatlah peluang2 yang Allah bentangkan utk kita menuju kepadaNya. jangan sampai peluang itu Allah tarik balik dan kita terkapai2 mencari jalan pulang, naudzubillah. mari kita sama2 gunakan usia remaja yang masih berbaki ni dgn sebaik2nya.

eh,dah panjang rasenye, boring pulak org bace tulisan saya yg xseberapa ni. cuma saya nak berpesan2 kepada diri yg lemah ini serta sahabat2 yg dikasihi, mari kita sama2 menggunakan masa remaja kita sebaiknya. semoga di akhirat kelak kita tak kelu utk menjawab apabila ditanya "bagaimana usia remaja mu dihabiskan?"

sebelum mengundur diri, jom same2 hayati firman Allah ni dalam surah al-baqarah ayat 165 :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). 

wallahualam. ilalliqa'. wsalam wbt. 



Saturday, 13 November 2010

Hujung minggu ku~

Salam kawan2. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih Allah. :)

Minta maaf lah sebab dah lama tak menaip sepatah dua kata di blog ini. Bukan takde benda menarik nak dikongsi atau the usual penyakit malas tapi masa memang mencemburui. Setelah lebih seminggu saya mengikut jadual mereka dan berulang alik ke uni walaupun takde class, saya memang mengaku time is VERY limited. Sampaikan post si dia yang tentang hari2 kitorang yang penuh tu pun saya baru baca kejap ni. Dalam seminggu ni, saya baru skype (yang nampak muka lah) ngan family sekali. :( Busy memanjang yang tahap maximum..! Tapi bak kata si dia, masa yang terisi itu lebih baik kan daripada masa yang terbuang? hehehe

Owh, hari ni hari sabtu bersamaan dengan 13hb November 2010, bersamaan jugak dengan one of the probably most awaited day of the year! Especially untuk warga2 hawa dalam komuniti ni lah. hehehe Tak ada pulak any cerita sebenarnya tentang ni. Sebab saya merupakan antara yang tak pergi dan duduk kat rumah je untuk babysit. Aduhai~ Sedih~ Tapi takpe. Since dah lama sangat tak spend banyak masa kat rumah, saya memang plan nak duduk rumah je. Oh, sebelum saya sambung cerita, please bear in mind yang cuma saya dan si dia je yang kat rumah. Yang sorang tu join rombongan membeli tu dan yang sorang lagi pegi menjenguk akak tercinta.

Owh, hari ni jugak adalah hari pertama saya tinggal berdua je dengan si dia. kih kih kih. Yang sorang tu dah memang selalu. Yang sorang tu pulak, pernah jugak sekali dua. Tapi yang sorang ni, memang ni first time. Bak kata dia, nasib baik ada budak2 yang kitorang babysit tu sebab kalau kitorang bedua je dalam rumah ni, ada kemungkinan suasana akan menjadi tersangatlah senyap. hehehe Yalah, kitorang ni rasanya antara yang tak banyak topik nak diperbualkan dalam rumah ni. huhu Gadis2 pemalu @ pendiam gitu......

Tapi, kitorang tak lah sesenyap yang saya expect kot.. hehehe And besides, seronok jugak sebenarnya babysit budak2 especially bila dua orang je yang nak di-babysit. hehe. Kelakar jugak tengok telatah budak2. At one time, diorang gaduh sambil cubit2 each other tapi tiba2, boleh pulak gelak2 sambil tengok movie sesama.

Selain dari babysit, seperti biasa, selepas sesi menyiapkan esei, dia meluangkan masa seharian dengan memasak. Dan since takde orang lain, saya meluangkan masa dengan makan benda yang dia masak. hahaha Percaya atau tidak, saya makan selang sejam dan bukan sahaja makan ringan2 yang macam junk food semua tu, tapi nasi putih, nasi goreng, mi goreng, roti jala dan macam2 lagi lah. Alahai~ Sejak2 aerobic ni, selera makan makin bertambah. Alasan saya = metabolisma bertambah. hahaha

Eyh eyh, tau tak sebenarnya at this moment, depan saya ni ada orang tu tengah busy memunggah2 barang yang baru dia beli. Memang jeles! Isy isy isy. Melihatkan betapa banyak & bestnya barang2 yang dia borong, saya dan dia dah discuss tadi dan mungkin, kitorang akan pergi hari rabu ni untuk aktiviti yang sama. hehe pergh~ penangan pinggan mangkuk~ Tapi kena check dengan si dia yang sorang tu lagi. Hmmmmmm........ impulsive decision ke? huhu

Itu je lah kot yang saya nak tulis. Saja je nak update walaupun benda yang saya cakap ni macam entah apa2. haha

Lepas ni, mari kita tunggu cerita si dia tentang rombongan merangkap perjuangan pinggan-mangkuknya tadi. Jeng jeng jeng~

Thursday, 11 November 2010

Ahsanul Akhlak....

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapkannya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga kewafatan Baginda SAW. 

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Saydina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Saydatina Aisyah RA menjawab,

"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?", tanya Saydina Abu Bakar RA. 

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Saydatina  Aisyah RA. 

Keesokan harinya Saydina Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau datang kepada pengemis itu lalu memberikan makanan kepadanya. Ketika Saydina Abu Bakar RA mula menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, 

"Siapakah kamu?"

Saydina Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (datang kepada engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa datang kepada aku", bantah si pengemis buta itu. 

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Saydina Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Nabi Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Saydina Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, 

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia datang kepada aku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Saydina Abu Bakar RA disaat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang Islam.

********************

Wahai sahqbatku, bilakah kita dapat meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? 
Atau setidaknya niat untuk meneladani Baginda SAW?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, sebaik-baik akhlak.

Mungkin kita tidak mengikuti Baginda SAW seratus peratus, tetapi buatlah yang termampu oleh kita.

~teh o ais~