Sunday, 23 January 2011

Bila semua dah besar

Bismillah..


Assalamualaikum wbt


Agak lama saya tidak mencoret di ruangan ini. Bukan malas atau tiada idea, Bukan kerana ada blog sendiri juga, tetapi lebih kepada rasa segan dan janggal kerana penulisan saya di sini yang barangkali agak serius, lesu, panjang dan barangkali boleh membuatkan pembaca malas untuk membaca. Hee..~~


Alhamdulillah, saya telah menapak ke alam-21. Juga hosmet saya yang baru sahaja memasuki alam-21. Hari lahir dia hari ni, selamat hari lahir untuk dia..!<3  Yang tinggal hanya seorang lagi hosmet kami yang masih belum 21. Lagi beberapa hari untuknya menikmati usia 20 tahun.


Bercakap tentang usia, percayalah..! Bertambahnya usia satu tahun, maka bertambahlah usia satu tahun untuk kematian, semakin hampir kepada kematian. Takut nak cakap pasal mati ni kan, takut nak bincang pasal mati ni kan???  Tapi, ini adalah realiti kehidupan. Saya tak berniat nak kupas isu ini panjang-panjang, nanti jadi macam khutbah jumaat pula, but saya ada sentuh sedikit isu ini dalam blog saya yang bertarikh 10 Januari.


Anyway, hari ini pun hari lahir abah saya yang ke-50. Bak kata abah saya, abah dah tua. Abah nak memperbanyakkan ibadah...:)


Semoga usia 20 tahun yang telah kita lalui dipandang oleh Allah, dikira amalan kita oleh Allah, diberi ganjaran oleh Allah. Dan telah diberi keberkatan dan keredhaan dalam setiap langkah kita oleh Allah. Janganlah Engkau tidak memandang langsung segala amal yang telah kami lakukan ya Allah.


Dan untuk usia 21 tahun yang baru ini, Moga engkau berikan kepada kami keberkatan dan keredhaan pada setiap gerak-geri kami ya Allah, pada setiap nafas kami ya Allah. Dan semoga engkau pandang amalan kami ini ya Allah. Dan Engkau angkatlah amalan kami ke langit ya Allah. Kami mahu menjadi hambaMu yang baru. Kami mahu memperbaharui amalan kami ya Allah dan Engkau kuatkanlah hati kami dalam jalan untuk mendekatiMu dengan lebih lagi ya Allah.  Allahuma ameen




" Mati itu pasti. Mati makin menghampiri kita. Bersedialah untuk mati. Orang yang beriman akan sentiasa mengingati mati."


Tanpa Allah, aku "mati"
~teh o ais~

No comments:

Post a Comment