Saturday, 4 June 2011

Hargailah nota anda

Salam semua;)

Huhu, hari ni, dengan officialnye, satu rumah ni dah merdeka dari exam... Welcome to the club buat si dia yang baru je habis paper 30minit tadi... Bagi meraikan kemerdekaan semua, hari dan esok kitorang nak gi jalan2;) Yeah^^

But then, entry kali ni bukannya nak cerita pasal kami berjalan, or exam yang dah habis, tapi nak cerita pengalaman 3 daripada kitorang yang belajar sesuatu yang baru... 3 minggu terakhir ni, kami bertiga budak math ni ada kelas( ye, sebab tu exam kitorang habis paling awal)... kelas ni untuk final year punya projek... tapi ada banyak, kitorang buat latex, sambung R lagi, ada communication and presentation skill, scientific writing, and ada 2 projek kena submit before balik malaysia... well, lumrah hidup eorang pelajar la kan... tapi yang menariknya is latex tu...

huhuhu, kalau sebelum ni, tengok nota2 lecturer dalam bentuk pdf fail tu kan, tak pernah terfikir pon macam mana la diorang nak buat... bila belajar latex ni, baru tau, rumit juga proses nak buat nota tu... kalau diorang buat guna latex la... but seriously, interesting giler belajar dia... bila tengok hasil kerja tu, senyum dari telinga ke telinga... tapi bila first2 buat tu, ya Allah, pening kepala juga la... bila dah 2nd time tu, alhamdulillah, berjalan lancar... best2...

so, kepada semua, silalah hargai nota2 yang anda dapat tu ye;) susah tu nak buat~~~

haha, merapu je topik ni... tapi nak jugak cerita pasal kitorang belajar latex ni... lain kali saya cerita benda lain ok;)

oklah, sampai sini saja...

Wassalam...

ps: semalam ada presentation depan kelas... semua kelas lain2... huhu, nervous betol~~~

Thursday, 26 May 2011

Wow, 2 bulan sudah?!?

Salam semua;) 

ooopppsss, terasa macam janggal dan kelakar pula bila nak menulis ni. Hehe, ye lah, sudah 2 bulan berlalu since entry yang terakhir dari kami, itupun bukan dari saya. Kalau last entry excited cerita pasal easter break yg bakal tiba, entry kali ni da habis dah pon easter break tu. Malah, kitorang sekarang ni tinggal lagi satu je paper final before habis 2nd year. Haha, yup3, dah nak habis tahun dah pon. Lagi 3 minggu lebih pon rumah ni akan kosong since semua pon akan balik ke malaysia dan brunei. Oooopppsss, lupa nak cerita, si dia yang telah 5 bulan bercuti di brunei sudah kembali ke lancaster, tapi tu pon hanya untuk sebulan je;) Awak ni, datang uk ni mcm bercuti je la. Hahaha;)

Well, macam2 dah berlaku setelah dua bulan. Cuti hari tu kami pergi jalan2, sebulan cuti sebulan bermain. Huhu, habis cuti, exam pon start;) Hurrmm, since kami budak math start exam lebih awal, paper kami tinggal 1 je lagi, dah 5 dah berlalu. Tak tahu la ape nasib paper2 itu, kerana untuk saya, teramatlah susahnye exam n rupanye. Adoi... Tapi kesian si dia yang amik human resource itu. Ada lagi 4 paper to go. Its ok awak, kitorang teman awak study ye. Hihihi;)

Hurmmm, waktu nak tulis ni macam banyak benda kan yang nak tulis. But then, sekarang tiba2 blur. Hahaha;) Oklah, saya nak kongsi satu aktiviti kami petang2 pada hari yang ade exam. Tahu tak ape??? Selalunya exam kitorg(3org) petang, pukul 2-4... And exam kitorg selang sehari tau. So, petang2 habis exam, mesti kitorang berempat akan main game... Board game... Cluedo, guess who, monopoly, and twister adalah antara game yang kitorg main... Haha, kelakar je tau... Dah la main tu macam excited je nak menang... Nak nak lagi si dia yang sorang tu... Haha, kalau main, tak nak kalah langsung... Tapi malangnya, jarang2 dia menang... HUhuhu... Ha, jangan ingan budak umur 5 tahun je tau main monopoly main gelak2 kan yang tak banyak harta, budak umur 21 tahun pon main gelak2 kan orang tau... Hahaha;) Tapi satu yang saya belajar dari main game ni, hahaha, memang diorang ingat saya suka main tipu... Ada ke, kalau saya punya tanah and baca harga sewa tu, mesti masing2 tak nak percaya... Or kalau saya kirakan diorang gerak ke mana, komfem susah diorang nak percaya kat saya... huhu, i main jujur tau u guys;) Tapi memang best main2 ni... Nasib baik ada jugak kenangan berempat, bukan ape, since si dia yang sorang tu takde dekat lancaster ni 5 bulan, agak sedikit kenangan berempat kami... Gunakan la 3 minggu terakhir ni bersama ye kawan2...

Oklah, rasanya sampai sini dulu je kot... Nanti saya update lagi ye, insyaAllah... Banyak sebenarnya nak cerita, tapi bila dah start tulis, macam malas pulak... hehe;) 

Akhir kata, tolong doakan kami semua lulus semua paper, dan dapat naik ke 3rd year bersama, insyaAllah... Semoga semua pulang ke msia/brunei dengan berbekalkan ijazah hendaknya... amin...

Salam sayang dari saya~~~

Tuesday, 29 March 2011

eaSTeR BREAK is coming!

assalamualaikum wbt...

sekian lama xupdate aktiviti kami kan. as expected, sibuk menjadi sebab, or let's say alasan utama.hehehhe. ;)
post yang lepas cakap pasal penantian exam timetable kan? well, dah keluar dah pun. huhuhu. nothing excited to share when we know that we (kami budak2 maths ni) have 3 weeks classes after our final examination. T_T

minggu kemuncak is between 16/5-28/5 where in these two weeks, world will see us struggling with our 2nd year examination. (>_<) awal kan kitorang abis exam =D, however it comes with a big TAPI there because we have  3 weeks classes to attend (informed that the classes will be about 3rd year module which include programming works etc T_T)
astaghfirullah, alhamdulillah, sure it will come with a big HIKMAH too ^_^, we plan, Allah also plans and He is the best Planner.

finish with the exam period and all that, what is more important is updating what's happening right now!!! it's SPRING!!! cooool. sat, awat dok cakap omputih ni. hehhe,sori readers (if any :) ) for the rojak language. anyhow, musim bunga ni la nak tgk bunga cantik2, tulip, daffodil,n macam2 lagi. and also pantang matahari keluar, bertebaran lah mat saleh berjemur, what we call it again? sun bathing? doesn't matter. tapi begitulah suasananya. kita orang2 asia(malaysia khususnya) yang dah biasa dgn cuaca panas lembap, agak sdikit pelik dgn keriangan org2 local menikmati teriknya matahari. begitulah lumrah kehidupan dunia yang diwarnai berbagai bangsa, perangai, budaya dan macam2 lagi, as what Allah said in the holy Quran :

''O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted'' - [Surah al-Hujurat 49:13]

well, time spring ni la banyaknye aktiviti outdoor, ber bbq  terutamanya. nantikan update aktiviti2 kami untuk spring kali ni. 

owh, cuti pun cuti jugak. minggu ni actually revision week. jom study kawan2! every effort counts!

with lotsssssss of lovess,
aquilegia90

p/s: lupa plak nak tulis kat atas, time ni la nak pakai shades! aww 



Tuesday, 8 March 2011

(= .....waiting for exam timetable to be released..... =)

assalamualaikum wbt.

ape khabar pelawat2 blog kami? hurm, tula,dah week 8 dah. wait, tula? supposed to be, yeay! week 8 dah. maksudnya lagi 3 bulan lebih kurang untuk balik to our beloved hometown.yeay! alhamdulillah, may Allah  ease everything. 

owh, pasni kitorang ade lagi 3 minggu++ sekolah, then cuti sebulan,  pastu revision week seminggu,  exam and balik malaysia!!! insyaAllah. semoga panjang umur and dipermudahkan Allah.

em, our story? nothing much pun so far, semua pun busy dengan kehidupan masing2. ade je keje nak buat kan2?  ^_^. cuma sekarang rasenye semua pun dah xsabar2 tunggu jadual exam keluar. excited nakexam kah??? hahha,for me,not really... well,nak plan cuti lah. 

banyak jugak hal bulan 6 ni. exam, pastu nak kene kemas2 barang2, pack2 barang, kemas2 rumah2, pindah2kan barang and so on. hehhehe.  it's a full month, sure got lots of feeling and enjoyment insyaAllah.

just nak quote kate2 best dari ustazah hannan, : 

"those who want to have the heaven(jannah) in the life after, will definitely feel the heaven in dunya (enjoyment and satisfaction for the sake of Allah). 
Muhammad S.A.W. feel so much pain, from the eye of human in this life, yet he is actually the happiest person in the whole world. strive for happiness in akhirah, u will certainly feel the sweetness of living in this life"

Monday, 28 February 2011

La Tahzan, innallahamaana

assalamualaikum wbt.

hehe,berkenaan tajuk, saya xlah tgh sedih pun time ni. neither my housemate, i supposed. 
owh,by the way, maksud tajuk di atas is "jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". seriously bukan sad mode ye, tapi saya tertengok satu video yang sangat best kat youtube (saya la rase best ;) 

well, walaupun byk je tempat lain boleh share,ni saya bagi link khas untuk pembace2 setia blog kami. =)  utk saya pulak, nanti panjang umur boleh bace lagi, senang nak refer kan2. ^_^. 

semoga 11 minit yang diluangkan bermanfaat dalam menempuh perjalanan yang singkat di bumi ini insyaAllah.

may Allah bless our journey. (")^_^(")

enjoy:




Wednesday, 23 February 2011

FEBRUARY pun dah nak berlalu

assalamualaikum wbt,

sedar xsedar dah nak abis dah bln 2. kadang2 rase cam lambat je mase berlalu,kadang2 cepat, Allah maha kuasa kan. =D actually macam2 jugak pengalaman hidup yang kami lalui setakat saat ini, alhamdulillah, semua dugaan, ujian,kebahagiaan, kesenangan, kesusahan, Allah campakkan pada kita semua supaya semua tu dapat kite hadapi n tempuhi dalam melahirkan jiwa insan yang kuat pergantungannya pada Allah xkira dalam waktu susah n senang. ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, dan cara. sama ada bahagia atau duka, kedua2nya ujian untuk kite. the result is not such a big matter but the way we deal with it,our effort, our courage are more important.ye, usaha!. ish2, sekejap melayu, sekejap omputeh, sorilah ye, bebudak zaman sekarang memang camni. panjang betul nasihat, harap diri kepada tangan yang menulis ni lebih dahulu terkesan and ambil pengajaran dari ape yang sendiri tulis. huhuhuhuhu

true n very true, 2nd year maths memang susah. ini satu ujian. nak buat tu,nak buat ni, kekangan mase pun satu ujian, masalah tu, masalah ni, orang tu, orang ni,pun satu ujian dalam hidup bermasyarakat. mak kate kalau xnak rase hidup campur ngan org, gi la duduk bawah tempurung. i wish i could,staying bawah tempurung, so that i will bother nobody and nobody will ever care me. tapi sunnatullah,manusia itu, hidupnye memang perlu kepada masyarakat, sosial. again, it's the way we handle with it. dun worry bai, "aal izz well" insyaAllah. ^_^

saya pun xsure nape tema saya kali ni pasal ujian,mungkin sbb sejak 2 menjak ni saya banyak diuji kot.hehehhe,xpelah,layan jewww~


well, macam2 kan yang kami lalui, nak tulis, banyak sgt, n lain org,lain pengalamannye. just ape yang nak simpulkan cuma sdikit kate2 smangat untuk especially me myself n kwan2 yang kusayangi sekalian, 
klau emas, nak tahu tulen atau x, dicampak lah ke dalam api, n kalau manusia, nak tahu layak ke x masuk dalam tapisan Allah, pastilah dicampak dengan berbagai ujian.

persoalannya,sejauh mane kite ditapis, and are we ever deserved to be rewarded by Allah? T_T 
oh,Allah, guide us to u, your way, your blessed way, even we know, the path is tough the journey is even tougher. 

chill everybody!

 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [2:28]



>aquilegia<

Saturday, 29 January 2011

baru je ingt nak beli mcm2~~~

Salam semua;)

wah3, lama nye rasa tak menulis di sini. Entry terakhir saya macam dah berminggu2 yang lepas je. Huhu, hari tu kata nak cerita pasal jaulah kami kan. Hihi, best3!!! Tapi sayangnya, hari ni bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita pasal benda lain. Yang tu postposne ye.

Nak dijadikan cerita, sorang lagi akak kesayangan kami, kan N ni nak balik for good dah, so hari ni nak masukkan barang2 dia dalam kontena. No no no, bukan nak cerita pasal barang2 akak ni, huhu, walaupon barang2 dia sememangnya sangat banyak. Tapi nak cerita kisah kawan saya yang tumpang kontena akak ni. Hehehehe;)

Petang semalam, saya dan dia pergi aerobik(ye, kami masih meneruskannya;). Patu waktu balik tu, dengar la yang si dia lagi sorang ni dok membalut something. Huhu, ingatkan dia balut hadiah untuk program hari ni, saya masuk lah bilik dia tengok. Hohoohoho, balut pinggan mangkuk rupanya. Ha, tu dia. Untuk sesiapa yang tak tahu, kat uk ni, port merion(tak tahu la betol ke eja ni, sebab saya tak minat) amatlah famous di kalangan wanita malaysia. Fuh, kalau gi rumah akak2 postgrad tu, semua port merion. Si dia ni pon berminat lah membeli untuk keluarga di msia. Saya tau dia beli banyak waktu pergi sale tu, tapi tak sangka sebanyak itu. Haha;) Beli tu memang best, tapi yang kesiannya bila tengok dia dok membalut pinggan mangkuk tu. Yelah, kalau tak balut nanti pecah. Rupanya dari pukul 3lebih petang tu dia dok balut, huhu, kesian. So, saya pon tolong la dia balut kan. Dari pukul 7 tu, sampai 9 lebih baru habis balut. Tu baru balut, belom susun lagi. Tapi since saya ni tido awal orangnya, saya pon tak dapat la nak tolong lagi. Dah mengantuk. Hihi. So, si dia tu pon teroskan la membalut. Pagi ni, bila saya tanya, dah selamat dah hantar 4 kot semalam.

Huhu, ni yang buat saya terfikir ni, uisy, kena pikir 2-3 kali ni nak beli banyak2 barang bila balik for good nanti. Susah rupanya nak menguruskan barang2 ni. Patotla akak2 yang nak balik tu semua pening bila nak kemas barang masuk kontena. Huhuhu, baru je ingat nak beli tv la, nak beli set tefal la... Baru kemas barang2 yang takdela banyak mana tu last year pon dah penat. Tu baru benda kecik2. Huhu...

Tapi, bak kata si dia malam tadi, lepas ni boleh je beli lagi, sebab da expert membalut~~~ hehe;)

Oklah, saya pon nak pergi rumah kak N tolong2 mana yang patot. Semoga kita berjumpa lagi~~~
Wassalam...



ps: ni entry pertama saya di usia 21 tahun... huhu
pps: hari tu diorang buat surprise untk saya, awak, menjadi dan berjaya wak... don wori;)
ppps: insyaAllah lepas ni saya cerita pengalama di austria dan surpise party hari tu ye;)